Suami Aku Kerja Offshore Gaji 20k. Tapi Lepas Dia MeninggI, Jatuh Terduduk Aku Gara-Gara Ibu Mentua

Pengajaran pada sang suami…

Aku isteri..anak 5. Telah kem4tian suami setahun lalu. Arwh suami bekerja Ofshore. Gaji mencecah 20k setiap bulan. Keluarga kami bahagia, mempunyai 5 anak.

Saya bekerja, pegawai di Pejabat Perikanan. Gaji saya mencecah 5k.

Rules perbelanjaan kami, barang saya, saya beli sendiri kerana saya ada pendapatan sendiri. Dan sepanjang suami tiada sebulan bekerja, saya akan menanggung semua. Suami bekalkan bayaran bulanan cuma xde la memenuhi keperluan sebulan.

Tapi,saya faham yang suami perlu menanggung ibu bapa dan adik2nya.

Berbalik pada selepas kem4tian suami saya, tidak disangka, suami saya mewasiatkan segala harta kepada anak dan ibunya. Untuk saya isteri dapatlah savingnya yang tak sampai 10k.

Saya terdiam ketika menerima wasiat, saya berdoa dalam hati supaya ibu mertua dapat membantu, cukup untuk mbayar hutang suami telah memadai..

Satu2 pihak bank datang..menyatakan hasrat mengutip hut4ang..

Mashaallah..hutang suami sy mencecah 300k (credit card,pinjaman,kereta,rumah dll)..

Dengan apa saya mahu bayar…..Sedangkan insurans dan wasiat suami, untuk anak, perlu berumur 18tahun..saya terduduk..

Saya hanya meneruskan pembayaran rumah dan hut4ng2 arwh dan hutang saya sendiri. Rumah inilah tempat saya berteduh dengan anak2.

Saya cuba menuntut pada ibu mertua saya untuk meringankan bebanan saya, bukan tidak dibagi.. tapi rm500 bulanan diberi tak mampu nak membiayai anak2 sekolah, makan minum apatah lagi hut4ng.

Saya begitu sedih… Apa yang tidak disangka.. ibu mertua saya yang dulu baik dengan saya, yang disanjung suami, syurga kepada suami saya, xdisangka bersifat demikian, tidak berlaku adil.

Jawapannya, ibu mertua perlu menanggung bapa mertua xbekerja dan anak2 yang masih sekolah (adik suami). Sedangkan nafkah tu sepatutnya mendahului anak saya.

Saya tak nak gadohkan..saya begitu sedih, saya perlu hadap dengan anak. Anak kecil saya terpaksa putus susu. Terpaksa disekolahkan disekolah biasa. Makan apa yang mampu.. Barang rumah banyak dijual. Emas saya apatah lagi.

Selepas kjdian, keluarga suami lebih menyepi, mungkin takut saya menuntut lebih, saya dah redha. Saya percaya rezeki Allah itu pasti.

Saya berserah pada Allah. Biarlah mereka yang bersalah terima balasannya nanti.

Walhal adik beradik suami yang bekerja bukan kerja biasa2. Tapi masa inilah mereka menganggap saya mampu menanggung dengan kerjaya saya.

Selepas saya kebuntuan, saya menurut kata rakan-rakan sepejabat, saya terpaksa berdaftar ke AKPK, walau hakikatnya hut4ng tu bukan dibuat oleh saya.

Simpanan ASB saya bukan digunakan untuk anak2 saya. Saya membayar sepenuhnya hut4ng suami..

Setiap bulan perbelanjaan wajib saya beli beras, meehoon, biskut, susu, pampers, telur..anak saya yang sebelum ni senang turut sedih bila hari2 perlu makan telur. Itu je saya mampu..

Untuk sang suami di luar, tolong fikirkan semula bila mewasiatkan penama. Fikirkan siapa yang bersusah payah waktu hidup bersama,yang menjaga dan mnguruskan anak.

Fikirkan nafkah mana perlu didahulukan, apatah lagi waktu suami m4ti. Jangan biarkan isteri menanggung hutang, cukup pengalaman saya, bukan untuk memburukkan arwh tapi sebagai pengajaran untuk kalian di luar sana.

Saya tetap sayangkan arwh suami saya.itulah syurga saya

-Puan N-

Sumber:Viral Media Johor

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://limauais.pw/2021/01/17/suami-gaji-20k-wasiat-semua-harta/

 

Be the first to comment on "Suami Aku Kerja Offshore Gaji 20k. Tapi Lepas Dia MeninggI, Jatuh Terduduk Aku Gara-Gara Ibu Mentua"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*