Ditinggal Sehelai Sepinggang 0leh Suami, Ibu Tvnggal Tabah Besarkan 5 Ank

Keper1itan hidup seorang ibu tunggal yang memiliki 5 orang anak ini telah diceritakan oleh seorang aktivis yang bernama Natipah Abu. Beliau telah berkongsi kisah kehidupan ibu tunggal itu di dalam akaun Facebook miliknya.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Begitulah nasib seorang ibu tunggal yang perlu membesarkan 5 orang anak dan ibunya yang sakit dalam keadaan kegawatan ekonomi semenjak musim pandemik ini.

Kehilangan tempat bergantung

Puan Zuriah, 38, mempunyai krisis rumah tangga bersama suaminya yang merupakan seorang penagih dadah dan kemudiannya dia telah diceraikan oleh suaminya lalu dihalau keluar dari rumah. Hasrat untuk pulang ke kampung di Kedah terpaksa dilupakan mengenangkan ketidakcukupan wang untuk membeli tiket bas

Insan berhati mulia

Wanita itu lalu mengambil keputusan untuk menumpang tidur di sebuah masjid di Selangor dengan mengharapkan belas ehsan dari anak qariah untuk meneruskan kehidupan lalu dia telah ditempatkan di homestay milik seorang hamba allah yang berhati mulia selama 9 hari.

Melihat keadaan Puan Zuriah membuatkan ahli qariah masjid berkenaan menyewa sebuah van khas untuk membawa Puan Zuriah dan 6 orang ahli keluarganya pulang ke Kedah.

Tumpang rumah saudara beberapa hari

Di Kedah, Puan Zuriah menetap di rumah saudaranya tetapi hanya untuk beberapa hari atas beberapa sebab peribadi dan kemudiannya dia telah berpindah keluar dari rumah untuk hidup sendiri di luar sana.

Anak sulung harapan keluarga

Anak sulung Puan Zuriah yang berumur 14 tahun bekerja di R&R sebagai pencuci pinggan. Gaji yang diperoleh hanyalah sebanyak RM25 sehari tetapi anak kecil itu bersyukur dapat membantu ibunya membesarkan adik-adiknya yang lain.

Sebagai seorang ibu, sudah pastinya hatinya tersentuh melihat keperitan hidup yang terpaksa dilalui oleh anak sulungnya itu yang terpaksa bersusah payah mencari duit untuk sesuap nasi sedang anak orang lain yang seusianya belajar di rumah dalam keadaan persekitaran yang baik dan sempurna.

Terima bantuan untuk kehidupan yang baru

Menurut Natipah Abu yang merupakan aktivis dan pemilik akaun facebook yang telah berkongsi kisah berkenaan Puan Zuriah, hasil daripada tabung sedekah yang dibuat olehnya setiap hari Jumaat, kini Puan Zuriah memiliki sebuah rumah dengan bayaran sewa bulanan sebanyak RM300.

Rumah sewa berkenaan diperlukan adalah bertujuan untuk mengelakkan sewa homestay terus meingkat memandangkan jumlah keseluruhan sewaan yang terkumpul selama 15 hari itu adalah sebanyak RM1520.

Selain dari itu, aktivis itu juga ada menyatakan bahawa kini mereka sedang berusaha untuk mengumpulkan  keperluan asas untuk mereka sekeluarga seperti keperluan dapur dan rumah supaya Puan Zuriah dan keluarga kecilnya dapat menjalani kehidupan harian yang lebih selesa selepas ini.

Permohonan daripada beberapa Jabatan juga ada dibuat dan kini masih dalam proses.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

SuSumber:Redaksimber : 

 

Be the first to comment on "Ditinggal Sehelai Sepinggang 0leh Suami, Ibu Tvnggal Tabah Besarkan 5 Ank"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*