Tidurkan Adik Sambil Online Class, Ramai Nak Buat Anak Teruna Ozlynn Menantu!

Pelakon Ozlynn terharu melihat aksi anak sulungnya, Ariq Lim yang menidurkan adiknya sambil mengikuti online class atau kelas secara maya di rumah.

Menurut Ozlynn, Ariq seorang anak yang bertanggungjawab meskipun menghadapi banyak cabaran ketika bersekolah dari rumah.

“Dah cakap dah online class tak semudah yang kita jangka! Tengah online tiba-tiba adik menangis.. nak kena pujuk.

“Tengah online, maid dok pekik siapa makan tak basuh pinggan. Tengah online class adik plak tanya pasal Sirah. Tengah online mama minta tolong check buku adik. Tengah online adik pula menjerit bergasak rebut toys. Macam mana tu?Sian kan?

“Tapi hal gambar di atas mmg betul-betul sweet. Mama tengah masak, kak dorthy (maid) tengah kutip baju kotor tiba-tiba Moleiq melalak.

“Baru kecilkan api dapur masak lauk berlari ke depan. Tengok-tengok adik kat pangku abang.. rupanya abang dia tidurkan. Allahu moga segala yang terbaik di dunia dan akhirat menjadi milikmu anakku Ariq Lim,” katanya.

 

Ozlynn berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji sikap anak terunannya dan tidak kurang yang mengusik mahu jadikan menantu.

“Auwwwwwww..menantu pilihan,” puji salah seorang warga maya.

“Alaaaaaa tak ada anak girl lagi nak jadi biras,” kata salah seorang netizen.

“Mama, borang menantu ada kosong lagi tak?,” usik salah seorang warga net.

Ozlynn berkahwin dengan pelawak Johan pada Julai 2009 dan dikurniakan lima orang anak iaitu, Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Molieq.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Gempak

 

Be the first to comment on "Tidurkan Adik Sambil Online Class, Ramai Nak Buat Anak Teruna Ozlynn Menantu!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*