Did4kwa Tidur Sebilik Dgn Teman Wanita, Adam Shahz Akhirnya Buka Mulut

PERKONGSIAN video perbualan Fatin Afeefa dengan anak perempuannya iaitu Ivy Herra Sophia yang dimuat naik di Instastory aktres tersebut pada Ahad menarik perhatian umum.

Menerusi video pendek berkenaan, kanak-kanak perempuan berusia lima tahun itu bercerita dengan mendakwa dia dan bapanya iaitu Adam Shahz bersama teman wanita berkongsi bilik tidur ketika mereka sedang bercuti.

Enggan melatah dengan pendedahan tersebut, Adam atau nama sebenarnya Nor Shah Azli Abdol Ghani memilih untuk mengunci mulut kerana ingin membawa perkara itu ke mahk4mah.

Fatin memohon maaf atas pendedahannya di Instastory.

“Saya tak nak beri kenyataan sebab nak bawa perkara itu ke mahk4mah. Apa yang dikatakan pihak sana (Fatin) itu fi1tnah! Saya sedar, diri bukan la baik sangat tapi tidaklah sampai saya nak buat perkara tak sennoh depan anak.

“Apa-apa pun, tak ada apa yang saya boleh komen lebih lanjut dan kita biarkan mahkamah yang menentukan nanti,” kata Adam ketika dihubungi mStar pada Isnin.

Hasil pemeriksaan di Instagram, Fatin bagaimanapun bertindak memadam video tersebut termasuk paparan skrin mesej antara dia dengan bekas suaminya itu selepas beberapa jam dimuat naik.

Selain video dan mesej, Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin turut memuat naik beberapa status beremosi termasuk kenyataan mendakwa Adam tidak memberi nafkah anak sejak empat tahun lalu.

 

Saya tak nak beri kenyataan sebab nak bawa perkara itu ke mahkamah.

ADAM SHAHZ

PELAKON

Dalam pada itu, Fatin yang kini berusia 27 tahun memohon maaf atas perkongsiannya berkenaan dan mengakui dia sepatutnya menyimpan isu peribadi tanpa perlu berkongsi kepada umum.

“Saya minta maaf untuk apa yang saya muat naik itu. Saya sepatutnya simpan semuanya sendiri seperti mana yang saya selalu buat untuk empat tahun lalu daripada berkongsi ai1b seseorang.

“Tapi saya terlalu lama simpan semuanya seorang diri, saya tidak mampu lagi untuk bertahan terutama apabila melibatkan anak perempuan saya. Saya dah padam perkongsian tersebut tapi tidak bermaksud saya okey dengan perkara itu.

Adam dan teman wanitanya bakal berkahwin tahun ini.

“Saya tidak okey dengan apa yang terjadi… saya tidak akan okey. Semoga Allah lindungi kita semua dan keluarga kita,” tulis Fatin.

Menerusi laporan mStar pada 17 November tahun lalu, Adam yang juga pelakon drama popular Juvana itu mengakui sudah mempunyai teman wanita dan bakal berkahwin pada tahun ini.

Fatin mendirikan rumah tangga dengan Adam Shahz pada tahun 2013 namun bercerai pada tahun 2017 dan melalui perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ivy Herra Sophia.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment on "Did4kwa Tidur Sebilik Dgn Teman Wanita, Adam Shahz Akhirnya Buka Mulut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*