‘Saya Tend4ng Kepala Dia!’- Sharnaaz Ahmad

Agak ramai juga kita dapat lihat rakyat Malaysia menggunakan telapak tangan ketika mengimbas suhu badan di mana-mana premis perniagaan. Namun ramai yang tidak tahun bacaan suhu itu tidak tepat.

Dipetik dari Harian Metro, hal ini juga telah ditegur oleh Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan berkata bacaan suhu paling tepat apabila pengimbas suhu diletakkan pada dahi seperti disyorkan penggunaannya.

Namun sehingga kini, masih ramai yang berdegil dan liat sungguh untuk meletakkan dahi mereka ke pengimbas suhu. Malah ia juga telah membuatkan pemilik perniagaan merasa bimbang jika penularan C0vld-l9 berlaku di premis mereka.

Baru-baru ini di laman Instagram, pelakon Sharnaaz Ahmad telah menegur segelintir masyarakat yang mempunyai tabiat ini. Dia menjawab luahan salah seorang pengikutnya yang juga pemilik kedai makan tentang sikap tak bertanggungjawab pelanggannya.

“Salam bang, Saya ada kedai makan. Minta jelaskan kalau check suhu tu. Guna lah kepala. Yang pergi hulur tangan tu dah kenapa. Kalau bawa kereta tangan kena aircond. Confirm sejuk . Pasni suruh yang ada perangai camni nak check demam pakai tangan ja. Pastu boleh check pakai tangan… If kepala tertinggai”- luah seorang pengikutnya Dengan nama @hasifyusri.

Ini respon Sharnaaz, memang padu!

“@hasifyusri kalau kedai saya, saya tend4ng terus kepala dia. Kalau dia tanya, eh tak sama ka badan dengan kepala.. oooo”- Jawab Sharnaaz di ruangan komen.

Kami menyarankan kepada anda semua supaya berhenti untuk menggunakan tangan untuk cek suhu. Harus ingat, bacaan suhu paling tepat adalah di dahi.

Sementara itu, Sharnaaz memuatnaik video luahan hatinya di Instagram mengenai sikap tidak bertanggungjawab masyarakat yang tidak peka terhadap bahaya jangk1tan C0v1d-l9.

Sharnaaz terkilan dengan sikap segelintir orang disekelilingnya yang tetap mahu meraikan sambutan tahun baru walaupun kes Covld-l9 masih tinggi dalam negara. Dalam video tersebut Sharnaaz berharap perkara ini tidak berulang lagi dan menasihati orang ramai supaya duduk di rumah jika tiada kepentingan untuk keluar.

VIDEO :

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : murai.my

 

Be the first to comment on "‘Saya Tend4ng Kepala Dia!’- Sharnaaz Ahmad"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*