[12FOTO] Anak Ikat Tali Pertunangan, Datin Suliza Salam & Dato Dr Mashitah Ibrahim Bakal Berbesan

Tanggal 1 Januari 2020, telah berlangsung majlis pertunangan anak perempuan kepada penyanyi popular era 80 an, Datin Suliza Salam.

Memetik Nona, Falahi Zainal, 24, yang juga merupakan kakak kepada penyanyi remaja popular Ismail Izzani mengikat tali pertunangan dengan pasangannya, Muhammad Wafi Abdul Shakur yang merupakan anak lelaki kepada bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Majlis sederhana tetapi meriah yang mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu menggunakan konsep rain forest hasil kreativiti Suliza dan keluarganya sendiri.

Kredit foto: Nona

Suliza mendirikan rumah tangga dengan Datuk Zainal Nazeri Zainuddin pada Januari 1991 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Izzati Zainal, 28, Falahi Zainal, 24 dan Ismail Izzani, 20.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: cari

 

Be the first to comment on "[12FOTO] Anak Ikat Tali Pertunangan, Datin Suliza Salam & Dato Dr Mashitah Ibrahim Bakal Berbesan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*