Selepas Safiey Illias, Hael Husaini Pula Didakwa Buat Pembed4han Muka

Selain berbakat besar dalam penciptaan lagu, Hael Husaini juga dikenali sebagai penyanyi yang sering tampil bergaya setiap kali membuat persembahan.

Malah, cita rasanya dalam berpakaian juga sangat tinggi, dari hujung rambut hingga hujung kaki begitu dijaga rapi.

Disebabkan sifatnya yang mahu kelihatan sempurna di mata khalayak, timbul pula spekulasi yang mengatakan penyanyi lagu Haram itu sanggup melakukan pembed4han kosmetik di bahagian wajah semata-mata untuk kelihatan segak.

Mengulas dakwaan itu, Hael berkata, ada perubahan pada wajahnya, tetapi bukanlah disebabkan pembed4han kosmetik seperti yang digembar-gemburkan.

“Kacak sangat ke saya sampai dituduh melakukan pembed4han wajah? Saya rasa macam biasa sahaja. Mungkin perubahan berlaku apabila saya mencukur jambang yang dibela, sejak sekian lama. Sebelum ini, saya terikat dengan kontrak yang memerlukan saya tampil seperti seorang yang berusia, jadi kenalah simpan jambang.”

Menidakkan dakwaan yang dilemparkan, Hael berkata, wajahnya adalah asli dan dia tidak percaya dengan pembed4han wajah kerana beliau hanya memerlukan stylist sahaja untuk kelihatan segak.

“Saya tak percaya untuk kelihatan kacak, kena buat pembed4han wajah. Kita ada penata gaya dan tatarias yang boleh merubah penampilan. Saya bukanlah seorang yang obses untuk mengubah wajah. Apa yang anda lihat pada saya sudah cukup sempurna. Wajah saya ‘ori’ tau,” ujarnya sambil tertawa.

Alahai guys, chill lah. Bukan ke wajah lelaki akan berubah kepada baby face setiap kali cukur jambang?

Positif k positif 😉

 

Sumber : Berita Harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

 

Be the first to comment on "Selepas Safiey Illias, Hael Husaini Pula Didakwa Buat Pembed4han Muka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*