“Sedihnya Tengok Anak2 Tak Pandai Bahasa Melayu” Sekali Que Haidar Balas Balik Bagi Kata2 Makan Dalam

SELAIN penyanyi Black Hanifah dan Tomok, pelakon Que Haidar turut menyeru mana-mana pihak terutama golongan seni membantu pekerja belakang tabir yang turut terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menerusi Instagram Que, 41, berkata ramai rakannya yang mempunyai keluarga bergantung kepada gaji harian kini kehilangan sumber pendapatan selepas semua aktiviti seni termasuk penggambaran terpaksa ditangguhkan.

“Dalam situasi sekarang ramai sahabat saya hilang sumber pendapatan. Turut terkesan juga adalah penerbit yang baru separuh jalan sh00ting namun terpaksa tangguhkan sementara keadaan reda. Terbungkam saya memikirkan.

“Bagaimana nasib sahabat saya dalam menghadapi hari-hari mendatang. Kru produksi antara yang paling terkesan dalam situasi ini termasuk creatif team.

“Dengan pendapatan gaji harian, mereka berkeluarga dan perlu meneruskan kehidupan seperti yang lain. Peristiwa yang berlaku ketika ini memberikan pengajaran kepada kita untuk bersatu hati.

“Saya dengan rasa rendah hati dan insaf menyeru agar jika ada ruang-ruang keinsafan bersama barisan penerbit atau individu yang telah dan pernah menerima kejayaan berganda dalam industri ini, bantulah insan-insan yang bergelar hero belakang tabir ini,” katanya.

Que berkongsi perkara itu di laman Instagram dan berharap ia dapat membuka ruang kepada mana-mana pihak memberi bantuan kepada yang memerlukannya.

Tidak lupa juga kepada persatuan seni yang mendahului tindakan membantu ahli-ahli persatuan.

QUE HAIDAR

PELAKON

Sebelum ini, penyanyi Black Hanifah dan Tomok menjadi m4ngsa kecaman netizen yang mempertikaikan tindakan mereka meminta kerajaan agar tidak melupakan golongan pekerja seni.

Bagaimanapun terdapat salah faham kerana tidak memahami suara mereka itu adalah bagi mewakili pekerja seni lain khususnya di belakang tabir dan selebriti veteran.

Dalam pada itu, pemilik nama Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar ini berterima kasih kepada persatuan seni yang bertindak terlebih dahulu memberi sumbangan kepada ahli persatuan.

QUE HAIDAR BERKONGSI VIDEO BERSAMA ANAK2NYA TARIK PERHATIAN RAMAI

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Tengku Iskhan Shah Tg. Haidar (@the_haidars)

KOMEN SIND1RAN NETIZEN :

Ajarlah anak2 cakap bahasa IBUNDA…sedihnya tngok zaman skrg anak2 dh x boleh ckap bahasa MELÀYU…😌

SEKALI KENA BALAS DENGAN QUE :

anak2 sy semua boleh bercakap bahasa melayu Puan.. 😊 bibik sy ckp melayu.. sekolah di sekolah kebangsaan mesti kena ckp bahasa melayu.. balik kampung sy semua cousins Dan keluarga sebelah sy berckp bahasa melayu.. jadi jgn nilai hanya melalui video ni je Puan 😅

KOMEN NETIZEN :

Bahasa itu untuk berkomunikasi. Tak kisah bahasa apa pun. Yang penting yang keluar itu berbudi bahasa cukuplah. 😉

Anak orang biar la nak cakap BAHASA apa! ENGLISH ke..Cina ke..Tamil ke.. dok sibuk anak org ckp bahasa apa. Seriously, people these days all they do is CRIT1ICIZE! Learn to see the POSITIVE in every person. Whats the problem with speaking ENGLISH. Yang dok sibuk kalut cakap Melayu je English sepatah tak faham time nak cari keje SUSAH. Suruh ISI FORM pun tak lepas ! #mytwocents

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Instagram Que Haidar via koleksiviral

 

Be the first to comment on "“Sedihnya Tengok Anak2 Tak Pandai Bahasa Melayu” Sekali Que Haidar Balas Balik Bagi Kata2 Makan Dalam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*