Pintu rumah diketuk ,suami bergurau panggil masuk. Bermulalah episod duka keluarga ini

MEMILIKI sebuah kediaman baharu sudah menjadi impian bagi semua pasangan berkahwin yang inginkan keselesaan terutamanya buat anak-anak yang sedang membesar.

Begitu juga dengan pasangan Hanum dan Zaki (bukan nama sebenar). Usaha menyimpan wang bagi membeli kediaman impian akhirnya berbaloi apabila mereka sekeluarga berpeluang berpindah ke rumah baharu dua tahun lalu.

Bukan main seronok Hanum mendekorasi rumah baharunya dengan pelbagai perabot yang cantik dan mereka sekeluarga gembira dapat menetap di rumah berkenaan.

Bagaimanapun katanya, kegembiraan di rumah baharu itu hanya bersifat sementara apabila dia menerima pelbagai gangguan misteri yang membuatkan Hanum buntu.

“Gangguannya bukan calang-calang ya! Ketukan pada tingkap dan pintu adalah perkara biasa, orang menangis diselang seli dengan hilaian ketawa pun selalu berlaku malah hari-hari dengar.

Tingkap dan pintu diketuk adalah perkara biasa di rumah Hanum.

“Ada satu hari, saya nampak anak sulung masuk bilik tidurnya. Saya yang tutup lampu bilik dia sebab dia dah tertidur dulu. Bila saya turun ke ruang tamu, saya nampak anak sulung saya tadi ada di ruang tamu.

“Bila saya tanya, dia kata dia memang ada di ruang tamu sejak tadi… Berlari saya pergi ke biliknya, kosong tiada orang,” katanya.

Gangguan itu kata Hanum berterusan sehinggalah pada suatu hari, dia menjerkah makhluk yang menggangunya namun gangguan diterimanya lebih teruk.

“Sebelum tidur, saya dan suami selalu terdengar orang ketuk tingkap bilik kami. Tapi suami kata jangan dilayan, sampai satu tahap, saya hilang sabar dan jerkah ‘kau nak apa’!

“Tapi ia menggilai seperti mengejek saya… diselang seli dengan hilai tawa. Kemudian dia ketuk tingkap lagi. Memang trauma hidup saya,” ceritanya.

“Saya ingat, saya marah suami sebab cakap benda macam tu. Tapi malam tu tak jadi apa-apa. Tapi sejak daripada itu semua gangguan ni terjadi.

HANUM

Tidak cukup dengan itu kata Hanum, gangguan akan berlaku setiap kali dia sedang solat membuatkan dia tidak dapat fokus akibat terdengar bisikan dan hilai tawa di telinganya.

Hanum memberitahu sudah pelbagai ustaz yang datang ke rumah mereka untuk memulihkan keadaan namun ia hanya bersifat sementara.

“Macam-macam ustaz sudah datang tengok dan pulihkan rumah, eloknya sekejap tetapi selepas itu ia akan menggila kembali… Mental dibuatnya. Hilang privasi, hendak solat diganggu, mandi pun diganggu,” jelasnya.

Gurauan yang membawa p4dah

Ketika fikiran rungsing mengenangkan masalah gangguan makhluk halus di rumahnya, Hanum memberitahu dia sering berfikir dari mana datangnya gangguan tersebut dan pada suatu hari dia teringat satu kejadian melibatkan suaminya.

Kata Hanum, gangguan itu bermula selepas suaminya pernah bergurau selepas terdengar ada orang mengetuk pintu rumah dan ia terbuka.

Pelbagai ustaz sudah datang ke rumah namun gangguan itu hanya hilang sementara.

“Ketika itu saya ingat, suami dan anak-anak sedang menonton filem s3ram sebelum tiba-tiba suami terdengar pintu rumah diketuk. Peliknya, pintu kayu terbuka.

“Mula-mula kami terdiam tetapi suami pula tiba-tiba bersuara meminta orang yang mengetuk pintu itu masuk ke dalam rumah dalam nada gurauan,” katanya.

Namun keadaan lebih menyeramkan kata Hanum, apabila ketukan itu berlaku sekali lagi sebelum suaminya meminta orang yang mengetuk itu masuk dan buat seperti rumah sendiri.

“Saya ingat, saya marah suami sebab cakap benda macam tu. Tapi malam tu tak jadi apa-apa. Tapi sejak daripada itu semua gangguan ni terjadi.

“Suami saya memang baik, sembahyang memang tak tinggal tapi tulah suka bergurau bukan-bukan,” ujarnya.

Sehingga kini kata Hanum, dia dan suami masih ikhtiar ‘membersihkan’ rumah mereka daripada makhuluk halus dan menyifatkan kejadian itu sebagai dugaan kepada mereka sekeluarga.

‘Lembaga’ ketuk pintu makin mengg4nas!

Pelabuhan Klang: Gangguan ketukan pintu misteri di Sabak Bernam yang kini ‘merebak’ ke Pandamaran Jaya, di sini, kian membingungkan apabila ia turut membabitkan ketukan pintu bilik di dalam rumah.

Salah seorang mangsa kejadian, Nor Hidayah Salehudin, 29, berkata, kejadian itu turut dialaminya jam 2 pagi tadi apabila pintu keluar ke beranda di bilik tidurnya yang terletak di tingkat atas kediaman diketuk beberapa kali.

“Ketika itu, saya sedang tidur, tiba-tiba bunyi pintu itu diketuk. Saya segera terbangun tidur berikutan bunyi itu agak kuat.

“Saya tidak buka pintu itu berikutan masih dalam keadaan mengantuk. Namun ketukan pintu kali kedua berlaku dengan lebih kuat seolah-olah dilakukan individu dalam keadaan marah.

“Saya kemudian segera membuka ayat suci Al-Quran menggunakan telefon pintar. Saya tidak buka pintu itu kerana takut. Malah saya tidak dapat tidur sehingga ke Subuh, ” katanya.

Nor Hidayah yang hanya tinggal berdua bersama ayahnya masih tertanya-tanya individu yang mengetuk pintu biliknya itu.

“Ayah tidur di tingkat bawah, saya tidur di tingkat atas kediaman. Malah ayah mendakwa tidak mendengar bunyi ketukan pintu itu,” katanya.

Sementara itu, Mohd Shahrul Ridzwan Mohd Sani, 29 pula berkata, bunyi ketukan iti bukan sahaja didengarinya malah isteri, Asrianti Alias, 27, turut menjadi saksi kejadian.

“Ketika itu jam 1.15 pagi, saya dan isteri sedang tidur di bilik tingkat bawah kediaman. Saya dengar bunyi ketukan sebanyak tiga kali di pintu hadapan rumah.

“Bunyi ketukan itu semakin kuat hingga menyebabkan isteri saya tersedar tidur.

“Saya kemudian keluar dari bilik untuk meninjau kejadaan namun tiada siapa di depan pintu rumah. Malah pagar hadapan turut berkunci,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Pandamaran Jaya di sini, semalam.

Seorang lagi penduduk yang diganggu dengan ketukan itu, Aryana Rosli, 35, berkata, ketukan sebanyak dua kali berlaku di rumahnya di sini, kira-kira jam 1.40 pagi tadi.

“Ketika itu saya belum tidur dan sedang berbual di telefon bersama suami yang bekerja shift malam. Bunyi ketukan pintu itu didengar berulang kali menyebabkan saya terkejut dan berdebar.

“Saya segera baca ayat suci Al-Quran dan tidur,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis setakat ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://trendingsangat.pw/pintu-rumah-suami-bergurau/

 

Be the first to comment on "Pintu rumah diketuk ,suami bergurau panggil masuk. Bermulalah episod duka keluarga ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*