Uztaz Ebit Lew Mengalir Air Mata Ketika Ziarah Syafiq Ahmad, Pertanyaan Dan Soalan Dari Syafiq Dan Isteri Buat Ustaz Ebit Lew Terasa Sebak

Sebak sayu ziarah Syafiq Ahmad,Amalina dan keluarga di Kedah. Jarang saya menangis. Tadi tak dapat tahan menangis tadi. Kehilangan ibu dan anak serta bibik asbab kemalangan jalan raya.

Amalina masih belum boleh bangun. Tadi bercerita ujian kerana kasih sayang Allah. Allah sayang. InsyaAllah anak menanti dalam syurga. Buat ibu yang baik insyaAllah semoga Allah ampunkan d0sa beliau dan hadiahkan syurga Firdaus. Allah nak beri mereka berehat dan nanti dapat kembali bersama dalam syurga. Sabar ialah amalan yang teramat besar disisi Allah.

Sayu sebak dengar soalan Syafiq dan Amalina. Bagaimana nak bantu mak masuk syurga. Nak hadiahkan amalan buat arwah mak. Banyak soalan dan luahan hati mereka. Baik sangat keluarga ini. Melihat air mata mereka sepanjang luahan dan berbual tadi. Hati saya jadi sebak sangat. Sempat juga berbual dengan abang aen ayah Amalina. Merindui arwah isterinya.

Ya Allah berilah kekuatan buat keluarga ini. Rahmati mereka. Bantu mereka melalui semua ini. Ya Allah,ampunilah arwah ibunya hadiahkan syurga FirdausMu.

FOTO

Sumber: FB Ustaz Ebit Lew

Terdahulu..

NIBONG TEBAL: Bayi lelaki pemain pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) Muhammad Syafid Ahmad yang baru berusia 22 hari antara tiga yang m4ut dalam kemal4ngan awal pagi ini yang turut menyaksikan penyer4ng JDT itu berserta dua lagi ahli keluarganya cedera.

Dua lagi yang m4ut dalam nah4s kira-kira 5.30 pagi di KM 163 Lebuhraya Utara-Selatan di Sungai Bakap itu ialah ibu mentuanya Zainab Wahab, 45, serta pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Muhammad Syafiq, 25, serta seorang lagi anak perempuannya, dikenal pasti sebagai Aaira Nur Saffiya, 2, ce3dera ringan, namun isterinya Nur Amalina Nur Ain, 25, cede4ra par4h.

Jurucakap itu berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada 5.36 pagi dan sepasukan anggota berserta sebuah jentera digegaskan ke lokasi.

“Setiba di lokasi, didapati sebuah kereta pelbagai guna jenis Toyota Vellfire dalam keadaan remvk teruk selepas dipercayai terbabas sendiri dan melangg4r pembahagi jalan. Terdapat enam m4ngsa dengan tiga daripada mereka tersepit di dalam kenderaan itu,” katanya ketika dihubungi.

Menurut jurucakap itu, semua m4ngsa yang tersepit disahkan meningg4l dunia di tempat kejadian.

Semua may4t dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk dibedah siasat manakala yang cede3ra pula dihantar ke Hospital Seberang Jaya.

Menurut Bernama, kenderaan tersebut difahamkan dipandu oleh Muhammad Syafiq.

Sumber polis daripada Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Selatan mengesahkan kejadian.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://transformasi.pw/2020/12/22/saya-nk-bantu-mak-masukkk/

 

Be the first to comment on "Uztaz Ebit Lew Mengalir Air Mata Ketika Ziarah Syafiq Ahmad, Pertanyaan Dan Soalan Dari Syafiq Dan Isteri Buat Ustaz Ebit Lew Terasa Sebak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*