Tak Sanggup Tengok Ayda Jebat Macam Tu, TIndakan Nabil Mahir Jadi Buah Mulut

 

GARA-GARA tidak sanggup melihat Ayda Jebat sak1t kaki, pengacara Nabil Mahir memberikan kasut yang dipakai kepada tunangnya selepas menyampaikan Anugerah MeleTOP ERA 2020, pada Ahad lalu.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 28, meluahkan rasa terharu dan bangga mendapat pasangan yang sanggup berkorban melakukan perkara itu tanpa rasa malu.

“Terima kasih kerana membawa kegembiraan di hati saya, keindahan ke dunia saya dan cinta kepada hidup saya. Terima kasih kerana mencintai saya dengan sepenuh hati, sayang.

Posing macho, cuba swipe left. Hati selembut sutera. Lelaki kata, bukan takvt bini (isteri) tapi sayang bini. Terima kasih untuk semuanya Wuvv (panggilan manja Nabil),” kata Ayda.

Ayda berkongsi video aksi tunangnya pakaikan kasut.

Penyanyi lagu Temberang itu turut berkongsi video yang memperlihatkan aksi Nabil membuka kasut tumit tinggi yang dipakai kekasih hatinya dan menggantikan dengan kasutnya di laman Instagram.

Terima kasih kerana mencintai saya dengan sepenuh hati, sayang.

Rata-rata netizen di ruang komen perkongsian tersebut memuji tindakan Nabil yang dilihat sebagai seorang lelaki yang melayan bakal isterinya seperti seorang puteri raja.

“Aksi itu sangat romantik. Anda tidak akan jumpa lelaki yang sentiasa melayan anda seperti puteri raja. Jadi, anda bertuah bertemu dengan seorang lelaki yang ikhlas menyayangi anda.

“So sweet… saya doakan agar Nabil akan sentiasa lebih romantik dan kekal seperti sekarang sehingga sudah berkahwin. Aamiin.

Ayda dan Nabil nikah 1 Januari tahun hadapan.

“Layan tengok video ini sambil dengar lagu Better Than You… Nabil seorang lelaki yang baik untuk Ayda. Semoga bahagia hingga ke jannah. Amin,” komen beberapa netizen.

Sebelum ini, Nabil mengikat tali pertunangan dengan Ayda pada 28 April lalu melalui aplikasi Google Meet bagi mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menerusi laporan mStar pada 7 November lalu, Nabil dan pelakon drama Bukan Gadis Biasa itu mengumumkan bakal melangsungkan pernikahan pada 1 Januari tahun hadapan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Shakira Shakir

Sumber : Mstar

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : 

 

Be the first to comment on "Tak Sanggup Tengok Ayda Jebat Macam Tu, TIndakan Nabil Mahir Jadi Buah Mulut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*