“Sejujurnya Saya Takut…” – Elfira Loy

MENJADI ibu kepada seorang cahaya mata ternyata membuatkan pelakon Elfira Loy berasa sedikit parano1id dalam soal membabitkan keselamatan dan ny4wa keluarganya di musim pandemik C0vld-l9.

Menurut Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, dia berasa bimbang sekiranya lalai dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sehingga memudaratkan diri, anak, suami dan orang terdekat.

Biarpun berasa sedih melihat segelintir rakyat yang ambil mudah soal tersebut, namun aktres berusia 26 tahun ini berharap semua orang bersatu hati menjaga diri dengan memakai pelitup muka ketika berada di luar.

Elfira jarang bawa anaknya keluar rumah bertemu dengan orang ramai.

“Mendengar kes wab4k C0VlD l9 ini meningkat saban hari, jujur buat saya sedikit takut dan curiga dengan apa saja kemungkinan. Perasan itu menjadi jadi apatah lagi saya ada anak berusia 14 bulan.

“Saya sampai satu tahap bimbang jika lalai dan tersilap langkah dalam mematuhi SOP, ia akan memudaratkan diri, anak, suami dan orang terdekat. Kalau boleh saya tak nak lama lama berada di luar.

“Kita punyalah jaga SOP dan berhati hati, tapi rasa sedih apabila ada segelintir yang ambil mudah bab itu. Ada yang macam tak makan sam4n walaupun akan dikompaun RM1000 jika tidak memakainya.

“Tapi kalau kita sama sama sepakat menjaga diri dan sekeliling terutama dengan memakai pelitup muka, itu sudah bagus,” kata Elfira dilantik mewakili produk pelitup muka jenama Himaya selama setahun.

 

Dia tak berjumpa sangat dengan orang di luar dan masanya pun banyak dihabiskan di rumah.

ELFIRA LOY

PELAKON

Elfira mendirikan rumah tangga dengan Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019 dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Rayyan Khalaf yang berusia 14 bulan.

Dalam pada itu, pelakon drama Kerna Syurga Bukan Percuma ini menganggap anaknya termasuk dalam kategori ‘baby Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)’ kerana jarang bertemu orang luar.

Kata Elfira, dia lebih selesa berkongsi mengenai momen indah dan perkembangan anaknya yang berada di rumah tanpa perlu dibawa keluar berjalan bertemu orang ramai.

Elfira bersama anak dan suaminya.

“Saban hari, ada saja keletahnya yang mencuit hati. Saya tak ketinggalan berkongsi apa saja detik atau momen indah fasanya bertambah umur di Instagram. Cuma anak saya ini kategori ‘baby PKP’.

“Dia tak berjumpa sangat dengan orang di luar dan masanya pun banyak dihabiskan di rumah. Saya tak mahu ambil risiko. Dia juga yang jenis happy go lucky dan gemar tersenyum.

“Cuma kalau ada orang datang rumah, dia susah nak mendekati mereka dan ambil masa untuk jadi mesra.

Dia macam seolah-olah tahu dengan situasi pandemik sekarang yang tak boleh nak bercampur dengan orang ramai,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mSTAR

 

Be the first to comment on "“Sejujurnya Saya Takut…” – Elfira Loy"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*