Didakwa tukar agama untuk berkahwin, Illi Najwa akan dipanggil beri keterangan

KOTA BHARU: Kerajaan akan memanggil Illi Najwa Saddique yang berkahwin dengan Kapten Hoki India, Manpreet Singh Pawar, bagi mendapatkan penjelasan berhubung status agama mereka.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary, berkata wanita itu akan dipanggil sebaik kembali ke Malaysia.

Katanya, setakat ini pihaknya masih menunggu maklumat rasmi daripada Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) berhubung status agama wanita berkenaan.

“Bagaimanapun, berdasarkan maklumat awal yang diterima, wanita berkenaan masih seorang Muslim dan setakat ini tiada permohonan diterima untuk menukar agama.

“Pada masa sama, kita juga tidak menerima permohonan daripada wanita berkenaan untuk berkahwin di luar negara.

“Menerusi pembacaan saya di media sosial, wanita berkenaan masih Islam dan lelaki itu dikatakan sudah memeluk Islam akhir tahun lalu.

“Bagaimanapun, perkara ini akan terungkai sebaik kita mendapat penjelasan daripada wanita itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pengagihan Bantuan Musim Tengkujuh kepada Nelayan dan Petani di Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor, di sini, hari ini.

Rabu lalu, Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia, Illi Najwa Saddique.

Pasangan itu sudah menjalinkan hubungan cinta sejak lapan tahun lalu. Majlis resepsi diadakan di kampung halaman Manpreet di Mithapur dekat Jalandhar, Punjab.

Manpreet, 28, mengenakan sut perkahwinan punjabi yang lengkap dengan serban, sementara Illi Najwa kelihatan menawan dengan pakaian pengantin punjabi ketika mereka bertukar ikrar perkahwinan.

Mengulas lanjut, Marzuk bagaimanapun berkata, majlis resepsi yang diadakan itu bercanggah dengan ajaran Islam kerana terdapat unsur agama lain.

“Kita memahami kegusaran masyarakat berhubung perkara berkenaan kerana ia agak sensitif.

“Bagaimanapun, setakat ini kita bersangka baik dan mengandaikan wanita itu masih Islam,” katanya.

isu tukar agama untuk berkahwin, Ini Kenyataan Illi Najwa

Pertama sekali, ribuan ampun dan maaf atas segala yang berlaku. Illi tak dapat nak jawab lebih awal kerana terlalu tertekan dengan apa yang berlaku (bukan kerana komen netizen tetapi isu ini telah melihatkan Untie Halimah)

Mummy dah ada tegur Illi mengenai hal ini semua dan Illi tahu segala silap dan salah yang dah berlaku atas kejahilan Illi dan Manpreet tetapi beberapa kenyataan perlu diperjelaskan dari pihak kami:

1. Manpreet memeluk Islam sejak tahun lepas

2. Saya tidak pernah menukar nama atau agama seperti yang mereka dakwa, nama saya kekal Illi Najwa Anuar Hussin Saddique. Keluarga mentua memanggil saya dengan panggilan Navpreet sejak 2012 lagi kerana mereka sukar untuk menyebut nama sebenar saya.

3. Kami telah bernikah pada 16 Disember lagi tetapi tidak diuar-uarkan (sijil nikah akan diperolehi pada Rabu ini atau minggu depan)

4. Berkenaan video perkahwinan yang tular, kami tidak meminta perkara itu kerana kami tahu akan menimbulkan isu sensitif. Saya dan Manpreet tidak bersetuju dengan perkara ini. Manpreet juga tahu akibatnya.

5. Kami tahu apa yang dibuat tidak betul tetapi kami tiada pilihan dan Manpreet juga tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyatan sensitif berhubung isu tersebut. Dia juga meminta pihak media tidak memainkan lagi isu tersebut.

6. Berkenaan isu merentas negara, saya dah mematuhi setiap prosedur yang ditetakan dan tiada apa-apa keistimeaan diberikan kepada kedua-dua pihak. Saya sudah menghantar semua dokumen yang diminta tetapi semua orang berfikiran sebaliknya.

7. Saya juga tidak pasti bagaimana hubungan saya sebagai anak saudara menteri boleh tersebar sedangkan saya tidak pernah mengumumkan perkara itu sebelum ini. Saya sebenarnya tidak mahu membabitkan sesiapa dalam isu ini termasuk ibu saya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : wowberita

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : 

 

Be the first to comment on "Didakwa tukar agama untuk berkahwin, Illi Najwa akan dipanggil beri keterangan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*