Aksi Shuib Sepahtu memarut kelapa unsur jijiik & melampau, Sekali ini yg berlaku buat ramai tak puas hati

AKSI pelawak Shuib melakukan babak sedang memarut kelapa dalam program Sepahtu Reunion pada Khamis lalu menerima kri1tikan pelbagai pihak apabila dianggap luc4h dan menjij1kkan.

Enggan isu berpanjangan, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad tampil menjelaskan bahawa dia tidak berniat untuk menggambarkan perbuatan tidak sennoh.

Pelawak berusia 36 tahun ini berkata, dia hanya ingin membuat penonton ketawa namun tetap memohon maaf kepada pihak yang tersinggung dengan aksi tersebut.

 

Kalau katakan la video itu buat orang terasa hati, saya minta maaf sangat.

SHUIB SEPAHTU

PELAWAK

Sepahtu Reunion pada Khamis, ada satu babak saya buat memarut kelapa. Babak itu jadi kontrversi pula. Jadi, di sini saya dengan rasa rendah diri memohon maaf kepada mereka yang terasa hati dan rasa babak itu tidak patut dilakukan.

“Sebenarnya saya nak beritahu, ikhlas dari hati saya ketika saya melakukan babak itu tak ada bawa maksud apa-apa… tak ada pergi ke luc4h. Saya hanya nak buat orang ketawa sahaja, tak ada niat apa-apa,” kata Shuib.

Suami kepada penyanyi Siti Sarah itu memuat naik video menjelaskan perkara itu dan memohon maaf kepada semua pihak menerusi laman Instagram miliknya pada Sabtu.

Pendakwah bebas, Akhi menegur aksi Shuib yang dilihat berunsur lucah.

Rata-rata netizen di ruang komen tersebut berpendapat lawak Shuib itu bukan sesuatu isu yang perlu diperbesarkan memandangkan ia dilakukan secara spontan tanpa perlu berfikiran secara negatif.

Sebelum ini, pendakwah bebas iaitu Akhi Fairuz Al-Jengkawi meluahkan rasa kurang senang dengan aksi tersebut yang dilihat seperti melakukan perbuatan luc4h dan memalukan dalam sebuah program yang ditonton seisi keluarga.

Dalam pada itu, penyampai radio Hot FM ini sekali lagi memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan tersebut di masa akan datang.

“Tapi itulah… kalau katakan la video itu buat orang terasa hati, saya minta maaf sangat. Insya-Allah saya tak akan buat lagi benda macam itu. Semoga terus sokong Sepahtu Reunion,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mStar

 

Be the first to comment on "Aksi Shuib Sepahtu memarut kelapa unsur jijiik & melampau, Sekali ini yg berlaku buat ramai tak puas hati"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*