Ibu Najib, Tun Rahah meningg4l dunia. Luahannya buat ramai sebak

IBU kepada Datuk Seri Mohd Najib Razak, iaitu Tun Rahah Mohamed Noah, meningg4l dunia pada Jumaat petang.

Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur, pada usia 87 tahun.

Najib menerusi posting terkini di laman Facebook beliau turut berkongsi kesedihan atas kehilangan ibu tercinta.

“Innalillahwainnailaihirojiun. Bonda saya sudah tiada. Kami sekeluarga di hospital. Kesedihan dan air mata mengalir. Tiada kata-kata untuk kehilangan ini,” katanya dalam posting berkenaan.

Semalam Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar menziarahi Tun Rahah.

Selain Seri Paduka Baginda, Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut berkenan menziarahi balu bekas Perdana Menteri kedua itu.

Sebelum itu, beberapa pemimpin negara termasuk Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pemimpin lain turut menziarahi Allahyarham.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment on "Ibu Najib, Tun Rahah meningg4l dunia. Luahannya buat ramai sebak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*