Netizen Terkejut Da’i Syed Sertai Kelab Bola Sepak Selepas Dibebaskan. Ini Cerita Sebenar

Menerusi satu posting di Facebook, kelab bola sepak Petaling Jaya City FC (PJFC) hari ini, memperkenalkan enam pemain baharu bagi tahun 2021. Antara pemain yang berjaya mewakili kelab tersebut adalah Ahmad Khairil Anuar, Faiz Mazlan, K. Prabakaran, Raffi Nagoorgani, Syahmi Zamri dan Tamil Maran.

Tapi apa yang menarik perhatian, adalah apabila seorang pemain kelab itu ‘dikatakan’ mirip dengan muka seorang pendakwah selebriti yang tengah hangat dengan kontroversi. Lain macam ni!

Iras muka pendakwah selebriti

Pemain bola yang dikatakan iras seperti Da’i Syed adalah Khairil Anuar yang bermain untuk Perak. Sekali pandang, sudah pastinya orang akan menyangka mereka adalah orang yang sama. Tambahan pula, penampilan pemain tersebut yang juga berambut panjang sangat mirip dengan Da’i Syed. Tona kulit pemain bola itu juga seakan-akan sama dengan Da’i Syed.

Pemain PJ City yang dikenali sebagai ‘Beto’ itu meninggalkan skuad ‘The Bos Gaurus’ selepas banyak menghabiskan masa berada di bangku simpanan pada musim lalu. Menurut Beto, dia berhijrah ke PJ City bagi mendapatkan lebih banyak peluang beraksi bagi memburu tempat dalam skuad Harimau Malaya.

Suami DJ radio Hot FM

Minggu lalu, Beto mendirikan rumah tangga bersama penyampai radio Hot FM, Zetty Nabila. Menurut Zetty, dia tidak sangka perkenalan di media sosial pada tahun lalu akhirnya ke jinjang pelamin apabila mereka berdua diijabkabulkan di Pejabat Agama Islam Daerah Sepang, 11 Disember lalu lapor Berita Harian.

Sebelum ini kelab tersebut turut mengumumkan pemain kacukan, Darren Lok bakal menyarung jersi pasukan PJ City FC.

Macam sama tapi bukan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju bahawa muka pemain PJ FC seiras dengan Da’i Syed. Tidak berakhir di situ, mereka juga sempat ‘berjenaka’ susulan pembebasan Da’ Syed hari ini daripada tahanan reman susulan dakwaan mencabul dan merogol kenalannya.

Sebelum ini, di Twitter warganet menyatakan Da’i Syed iras dengan seorang muka penyanyi antarabangsa Zayn Malik yang terkenal dengan lagu Dusk Till Down. Korang tengok sama ke?

Apa-apa pun tahniah OHBULAN! ucapkan kepada barisan pemain bola PJFC.

Sempat tulis lagu, Da’i Syed seronok dapat solat dengan b4nduan lain dalam t4hanan

Selepas 19 hari ditahan bagi membantu siasatan berhubung beberapa laporan polis berkenaan kes seksual, pendakwah muda, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful atau Da’i Syed telah dibebaskan dengan ikat jamin.

Dalam temu bual khas yang dibuat oleh Mstar, Da’i Syed memberitahu selepas ini dia akan pulang ke rumah abangnya dan ingin berehat bersama keluarga.

Nak balik makan dengan ibu

Dia juga memaklumkan ingin makan bersama ibu dan keluarga serta mahu memberi ruang kepada diri sendiri untuk bermuhasabah ke atas ujian yang dinyatakan.

Sempat solat & beri tazkirah

Selain daripada itu, temu bual yang dilakukan oleh wartawan Mstar juga sempat bertanyakan perihal kehidupannya di dalam tahanan.

Da’i Syed menyatakan dia dalam keadaan baik dan sempat memberi tazkirah dan solat secara berjemaah bersama tah4nan lain semasa dalam tempoh sias4tan.

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan dan menyokongnya sepanjang tempoh itu dan memohon agar semua pihak memberinya ruang untuk bertenang dan mengembalikan semangat.

Dapat tulis lagu lagi

Selain itu, pendakwah yang dicungkil bakatnya menerusi program Da’i Pendakwah Nusantara ini menyatakan sempat menulis lagu di dalam t4hanan dan menunjukkan rangka lirik kepada wartawan yang bertugas.

Di akhir temu bual itu, Da’i Syed memaklumkan yang dia redha diberi ujian sebegini daripada Allah S.W.T dan tidak berd3ndam dengan sesiapa serta memahami tugas pihak berkuasa.

Dia juga terima dengan apa yang berlaku dan mengikut segala prosedur siasatan undang-undang.

Sumber: Mstar Online, PJ City FC

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

 

Be the first to comment on "Netizen Terkejut Da’i Syed Sertai Kelab Bola Sepak Selepas Dibebaskan. Ini Cerita Sebenar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*