Viral, Foto Ahli Parlimen Diarah Pakai PPE, Kecoh Dewan Rakyat

Dewan Rakyat hari ini buat pertama kali menyaksikan tiga Ahli Parlimen yang menjalani perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) diarahkan mengenakan pakaian perlindungan diri (PPE).

Bagaimanapun, ‘kemunculan’ tiga Ahli Parlimen tersebut pada sesi pengundian belah bahagian Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) di Galeri Awam menimbulkan perdebatan di Dewan Rakyat

Tiga Ahli Parlimen tersebut ialah Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba; Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan; dan P. Prabakaran (PH-Batu)

Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar bangkit mempersoalkan tindakan Yang Dipertua Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berhubung kehadiran tiga Ahli Parlimen berkenaan, yang disifatkan memberikan risiko individu-individu lain.

Namun, Azhar menegaskan keputusan membenarkan mereka hadir adalah bagi membolehkan tiga Ahli Parlimen itu menjalankan pengundian.

“Pada Khamis lalu terdapat beberapa Ahli Parlimen belah sana (pembangkang) tidak mematuhi arahan kuarantin dan datang mengundi.

“Saya tidak mahu perkara itu berlaku dan lebih baik mengatur pengundian ini.

“Saya akan mengambil tindakan (terhadap Ahli Parlimen pembangkang). Pada pengiraan saya, daripada orang tidak mematuhi perintah kuar4ntin, lebih baik saya ‘regulate’ pengundian,” katanya di Dewan Rakyat, di sini pada Isnin.

Sejurus selepas itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bangkit dan sekali lagi meminta penjelasan dan rasional keputusan membenarkan Ahli Parlimen berkenaan berada di Galeri Awam.

Azhar mengulangi pendirian dengan menegaskan keputusannya adalah bagi memboleh Ahli Parlimen berkenaan menjalankan pengundian.

Terdahulu, Azhar berkata Ahli Parlimen berkenaan akan dibawa menaiki ambulans dan sejurus tiba di Parlimen akan ditempatkan di bilik khas.

Sumber: Awani

Gambar Facebook: Wee Ka Siong

Be the first to comment on "Viral, Foto Ahli Parlimen Diarah Pakai PPE, Kecoh Dewan Rakyat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*