Dah Sampai Jerantut, Pintu Diketuk Kuat Dan Disusuli Bau Yg Amat Bvsuk. Suami Nekad Buka Pintu Selepas Itu

” Sebaik saya mendengar ketukan yang kuat, tiba-tiba terbau sesuatu yang amat busuk seperti b4ngkai.”

Itu perkongsian sebuah keluarga di Kampung Perias disini yang menyaksikan kejadian ketukan msteri mula memasuki negeri Pahang.

Habibah Sulong,57, berkata, kejadian ketukan selama lima minit kira-kira pukul 9.30 malam itu berlaku ketika dia dan suami serta tiga anaknya berada di dalam rumah.

” Selepas mendengar ketukan mula-mula suami saya ingat ada budak-budak kampung yang main ketuk-ketuk di rumah.

” Tetapi selepas mengintai dan tiada orang serta terbau sesuatu yang amat busuk seperti bangkai kami menjadi terkejut dan berasa t4kut,”katanya di sini hari ini.

Buka pintu sebaik ketukan berakhir, sekali

Beliau memberitahu, selepas ketukan berakhir, suami dan anak-anaknya telah membuka pintu dan tidak melihat apa-apa kelibat dan kesan kehadiran orang.

Bagaimanapun katanya, bau yang amat busuk masih ada menyebabkan mereka berasa t4kut.

Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang pembantu kedai tr4uma selepas terkjut dengan ketukan msteri di rumahnya pada Jumaat lalu ketika dia sedang melayari media sosial mengenai kejadian berkenaan.

Siti Fatimah Ghazali, 37, dari Kampung Perias, Jerantut Feri di sini memberitahu, rumahnya antara dua buah kediaman di kampung yang terlibat dengan ketukan msteri.

Menurutnya, kejadian berlaku pada jam 9 malam ketika dia sedang tidur di dalam bilik.

” Saya memang mengetahui kejadian itu di Selangor dan Melaka melalui media sosial dan akhbar. Ketika ketukan berlaku saya sedang melayari Facebook dan membaca mengenai msteri itu.

” Ketika berharap semoga tiada kes seperti itu tiba-tiba terdengar bunyi ketukan di pintu. Saya tidak membuka pintu kerana t4kut dan terus berselimut,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Tambahnya, ketika kejadian dia tinggal seorang diri manakala dua anaknya berusia 16 tahun sedang bekerja dan seorang lagi berusia 12 tahun berada di rumah jiran.

Siti Fatimah mengakui dia sangat t4kut dan sehingga kini masih demam dan tidak mampu pergi kerja.

Menurutnya, kini dua anaknya ket4kutan dan tidak boleh tidur sendirian terutama selepas mengetahui jirannya, Habibah Sulong, 57, juga berdepan situasi sama selepas itu.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Mazlan Hassan mengesahkan pihaknya ada menerima laporan polis mengenai kejadian tersebut.

Reaksi warganet

Sementara itu, menerusi ruangan komen rata-rata warganet meninggalkan pelbagai bentuk komen berkaitan kejadian terbabit.

Ada yang memberi nasihat kepada orang ramai supaya membaca surah-surah tertentu, malah ada yang bergurau dan membuat lawak.

” Aku pelik nape tak ketuk umah-umah besar dato datin tan sri acah2 ada title tu? why? why umah2 kecil sahaja yang kena,” komen Izhar.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.asiakini.com/2020/12/13/ketukan-di-jerantut-suami-buka-pintu-bau/

 

Be the first to comment on "Dah Sampai Jerantut, Pintu Diketuk Kuat Dan Disusuli Bau Yg Amat Bvsuk. Suami Nekad Buka Pintu Selepas Itu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*