Bunyi Ketukan Pintu, Lelaki Terus Tanya Dlm Whatsapp Group Pnduduk. Dengar Je Jawapan, Terkedu Semua

Kjdian msteri ketukan pintu yang bermula di Sabak Bernam, Selangor nampaknya belum reda apabila kini ‘berpindah’ ke negeri lain pula.

Paling terbaru, kjdian itu dikatakan menghantui penduduk di sekitar daerah Iskandar Puteri, Johor Baharu pula selang tiga hari selepas kjdian sama dikatakan berlaku di Kampung Melayu Majidee.

Dalam kjdian di Taman Serimbun di sini, beberapa rumah penduduk digemparkan ketukan msteri pada pintu rumah mereka pagi semalam. .

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Serimbun, Mohd Syafiq Mohd Bani berkata, kjdian itu berlaku pada jam 12.36 pagi selepas dia pulang bertemu rakan di kawasan berdekatan.

Katanya, sebelum tidur dia memeriksa telefon bimbit sebelum terdengar bunyi ketukan pintu hadapan dan belakang rumah sebanyak kira-kira 10 kali.

” Mula-mula ingat angin tapi tak ada pula ribut, bila dah lama diketuk saya rasa pelik.

” Lepas itu diam sekejap, selang beberapa saat pintu belakang rumah pula diketuk, bunyi kuat.

” Kemudian bunyi ketukan di pintu depan agak perlahan tetapi lama-kelamaan bunyi semakin kuat membuatkan saya berasa pelik.

” Bunyi ketukan pintu berhenti sekejap, namun selang beberapa saat pintu belakang rumah pula diketuk dengan sangat kuat sehingga mengejutkan isteri.

” Apabila diperiksa saya tidak nampak kelibat sesiapa pun

” Saya tak sangka kami di sini pula lalui pengalaman ketukan msteri.

” Penduduk di sini sudah berjaga-jaga apabila kjdian sama telah berlaku di beberapa tempat di Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan,” katanya ketika dihubungi.

Mengulas lanjut, Mohd Syafiq berkata, susulan kjdian itu dia terus menghubungi pengawal keselamatan untuk melakukan rondaan di kawasan sekitar perumahan.

Mohd Syafiq turut memeriksa rakaman litar litar tertutup (CCTV) yang dipasang di rumahnya, namun tidak nampak kelibat manusia atau haiwan yang bole dikaitkan dengan bunyi ketukan itu.

Tanya kat whatsapp penduduk, sekali ini jawapan penduduk lain

” Saya kemudian memaklumkan kumpulan WhatsApp penduduk taman.

” Rupanya beberapa orang penduduk juga memaklumkan turut mengalami situasi sama.

” Saya ingatkan keluarga saya sahaja yang terdengar tetapi jiran-jiran yang lain juga terdengar termasuk jiran berketurunan Cina dan India,”katanya.

Bimbang keselamatan penduduk, Mohd Syafiq membuat satu laporan di Balai PoIis Nusa Bestari di sini, pada pagi tadi.

Sementara itu, Ketua PoIis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Muhktar ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berkenaan.

Katanya, poIis akan meningkatkan rondaan di kawasan sekitar bagi mengelakkan sebarang kjdian tidak diingini berlaku.

Sebelum ini, kjdian pintu rumah diketuk menggemparkan beberapa negeri termasuk Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Malah msteri itu turut dialami beberapa rumah penduduk di Kampung Melayu Majidee, Johor Baharu menjadi sasaran beberapa hari lalu.

Seorang suri rumah, Surianida Darsuni, 40, berkata, pintu rumahnya diketuk pada antara pukul 1 hingga 3.30 pagi pada Khamis lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://limauais.pw/2020/12/11/bunyi-pintu-suami-tanya-penduduk/

 

Be the first to comment on "Bunyi Ketukan Pintu, Lelaki Terus Tanya Dlm Whatsapp Group Pnduduk. Dengar Je Jawapan, Terkedu Semua"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*