‘Syafiq Tak Ngantuk!’ Bapa Dedah Sesuatu Yg Tak Disangka, Ada Benda Di Atas Jalan

SEBERANG PERAI – “Dia tidak meng4ntuk, sebaliknya cuba me­ngelak sesuatu di tengah jalan, tetapi saya tidak pasti apakah objek itu.”

Itu kata Ahmad Ibrahim, 56, bapa kepada pemain skuad Harimau Malaya, Muhammad Syafiq Ahmad yang terlibat dalam kem4langan selepas kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Vellfire yang dipandunya terbabas di Ki­lometer 163.6, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Sungai Bakap, Nibong Tebal di sini awal pagi semalam.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 4 pagi itu, tiga dilaporkan terbnuh iaitu bayi lelaki Muhammad Syafiq yang berusia 22 hari, Muhammad Aisy Saqeef, ibu mertuanya, Zainan Wahab, 45, dan wanita warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an.

Kenderaan Toyota Vellfire dipandu Muhammad Syafiq terbalik dalam kem4langan di Kilometer 163.6, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Sungai Bakap, Nibong Tebal semalam.

Muhammad Syafiq, 25, yang juga penyerang muda Johor Darul Ta’zim (JDT) dan anak pe­rempuannya, Aaira Nur Saffiyya berusia 2 tahun hanya ced3ra ringan.

Isterinya yang sedang berp4ntang, Nur Amalina Norain, 25, pula cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya di sini.

Ahmad memberitahu, Muhammad Syafiq yang juga anak sulungnya memaklumkan bahawa dia cuba mengelak daripada mel4nggar sesuatu yang tidak dikenal pasti berada di atas jalan.

Muhammad Syafiq ditenangkan ibunya semasa menatap jenaz4h bayi dan ibu mentuanya buat kali terakhir di Pendang semalam.

“Saya tidak tahu mengenai kepulangan Syafiq ke rumah mertuanya sehingga menerima panggilan telefon berhubung kem4langan itu kira-kira pukul 4.10 pagi.

“Ketika menerima panggilan, saya keliru kerana ketiga-tiga anak (yang tinggal bersamanya di Bayan Lepas dekat sini) ada di rumah ketika itu.

“Saya sangat terkejut apabila diberitahu Syafiq yang sebenarnya ditimpa kem4langan ke­rana saya tidak tahu dia seke­luarga dalam perjalanan pulang ke Pendang, Kedah,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensi1k Hospital Sungai Bakap, Nibong Tebal di sini semalam.

Muhammad Syafiq menguruskan jenaz4h bayinya untuk dikebvmikan di Tanah Perkvburan Islam Bukit Murai, Kampung Padang Pusing, Pendang malam tadi.

Utusan/Shahir Noordin

Ketika kejadian Muhammad Syafiq bersama keluarganya dalam perjalanan dari Johor untuk pulang ke kampung Nur Amalina di Pendang.

Menurut Ahmad, kebiasaan Muhammad Syafiq akan pulang kampung menaiki pesawat, namun kali ini mungkin anaknya memandu sendiri kereta kerana isterinya sedang berpant4ng selepas melahirkan anak kedua.

Gambar Muhammad Syafiq, isteri dan anak pertama mereka.

Katanya, dia sedih kerana tidak sempat bertemu cucu lelaki yang baru dilahirkan itu.-K! ONLINE

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : KOSMO

 

 

Be the first to comment on "‘Syafiq Tak Ngantuk!’ Bapa Dedah Sesuatu Yg Tak Disangka, Ada Benda Di Atas Jalan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*