Cucu Badul tiada pembelaan

KUANTAN: Sudahlah tiada pembelaan malah dua anak allahy4rh4m Mejar Mohd. Zahir Armaya trauma sehingga menga­lami masalah psikologi kerana kerap diejek ekoran kem4tian bapa mereka.

Bekas isteri allahy4rh4m, Ja­milah Ismail, 38, berkata, dia sed1h mengenang nasib dua anaknya, Mohamad Remy Iskandar Mohd. Zahir, 9, dan Mohamad Ebel Zulkarnain, 10, yang terabai.

“Inikah nasib anak pegawai yang mempunyai pangkat dalam tentera? Sejak arw4h bapa mereka men1ngg4l, kehidupan dua anak terabai dan langsung tiada bantuan diterima.

“Satu Malaysia dimaklumkan pelbagai bantuan disalurkan atas nama balu allahy4rh4m dan anak-anaknya tetapi tapi anak-anak saya, satu sen pun tidak terima bantuan yang disumbangkan itu,” katanya ketika ditemui Utusan

Malaysia di sini semalam.

Mohd. Zahir yang juga merupakan anak pelakon dan pengarah veteran, A.R. Badul, seorang anggota komando men1ngg4l dunia ketika melakukan demonstrasi keupayaan sempena pelancaran penubuhan Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) di Kem Kok Lawi, Sabah.

Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan A.R. Badul menolak dakwaan mahu membolot harta anaknya dengan menjelaskan dia hanya mahu menuntut haknya sebagai bapa.

A.R. Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie, 71, berkata, buat masa ini dia tidak kisah jika ada pihak yang mengambil kesempatan mengecam dirinya memandangkan dia hanya memikirkan keadaan cucu-cucunya.

Jamilah berkata, setakat ini, dua anaknya hanya menerima pencen arw4h suaminya, bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM200 dan bantuan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) sebanyak RM500 termasuk RM200 dalam bentuk baucar atas namanya sebagai ibu tunggal.

Jelasnya, daripada segi sumbangan yang disalurkan oleh netizen dan pelbagai pihak menerusi akaun bank balu allahy4rh4m, dua anak lelakinya itu satu sen pun tidak menerimanya.

“Itu saya tidak kisahlah kera­na itu duit netizen dan orang ramai. Tapi yang saya sed1h duit insurans milik arw4h sendiri. Kenapa anak saya tiada hak?

“Jika anak arw4h dengan balunya layak mendapat haknya, kenapa anak saya yang juga anak arw4h tidak layak dapat duit insurans itu?,” soalnya.

Menurutnya, sebagai ibu tunggal, dia kini bekerja sebagai tukang masak dengan gaji hari RM50 dan perlu menanggung dua anaknya itu.

Jadi katanya, bantuan begitu diperlvk4nnya bagi menyara dua anaknya kerana difahamkan sumbangan untuk mereka berdua banyak diterima daripada pelbagai pihak.

Tentang anaknya yang trauma, Jamilah berkata, anaknya terutama Mohamad Remy Iskandar cukup terkesan ekoran kem4tian bapanya.

“Sudah hampir dua tahun arw4h men1ngg4l dunia tapi anak arw4h masih trauma. Pergi sekolah pun anak tidak mahu kerana kerap diejek. Kenapa ayah kau m4ti ditembak, ayah kau jahat ke?

“Ia cukup memberikan kesan kepada anak bongsu saya sampai dia pernah cakap dia gila sebab kena makan ubat penenang,” katanya.-UTUSAN ONLINE

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Utusan Online

 

Be the first to comment on "Cucu Badul tiada pembelaan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*