D4kwaan Da’i Syed Guna Ilmu Pengasih? Ketua Polis Dedah Sesuatu

Kes penah4nan pendakwah selebriti menjadi buah mulut masyarakat di Malaysia. Walaupun banyak pihak menyembunyikan identitinya, namun rata-rata sudah mengetahui iaitu Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Iqmal.

Terbaru, pihak polis menerima kira-kira lima lagi laporan dibuat m4ngsa mengaitkan penyanyi dan pelakon ini.

Ada fakta terbaru yang terungkap terkait dengan kes penah4nan Syed.  Dipetik dari BH ONline, kebanyakkan mangsa terpedaya kerana tertarik dengan perwatakkannya yang menjurus kepada keagamaan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin memberitahu pihaknya tidak menolak kemungkinan m4ngsa mudah tertarik dengan cara pendakwah itu meyakinkan mereka.

“Kebanyakan m4ngsa masih muda, usia sekitar 21 hingga 25 tahun, mungkin tertarik dengan pendakwah itu kerana cara dia mendekati m4ngsa dalam usia sebegini.

“Apabila dia menggambarkan diri dia sebagai pendakwah yang boleh menenang dan meyakinkan m4ngsa terutama bercakap lebih menjurus kepada keagamaan, ini menjadi tarikan kepada m4ngsa.

“Tarikan dari segi rupa paras itu bergantung pada yang melihat, ada nampak dia tampan, ada sebaliknya tetapi cara dia bercakap yang dapat menarik m4ngsa,” katanya kepada BH Online.

Ilmu Pengasih?

Dalam laporan yang sama di BH Online, Noor Azam ditanya sama ada pendakwah ini menggunakan ilmu pengasih untuk memperdayakan m4ngsa, ini jawapan beliau;

“Ilmu pengasih saya tidak tahu, tapi kadang-kala lelaki warga asing kulit hit4m pun boleh dapat gadis yang muda cantik juga. Ini bermakna cara bercakap, mendengar masalah, itu yang menjadi kelemahan wanita apabila mendapat nasihat dan tunjuk ajar.

“Itu adalah satu faktor yang penyebab mereka terjerat dengan pendakwah terbabit,” katanya.

Beliau berkata, semua laporan dibuat m4ngsa akan disi1asat dan dikumpulkan daripada pelbagai sudut, termasuk bagaimana perkenalan mereka serta medium digunakan.

Syed kini masih ditah4n reman untuk membantu siasatan. Kontroversi tentang bekas peserta Aksi Asia 2018 ini mulai tular selepas seorang pengguna Twitter memuat naik kisah rakannya yang didakwa dirg0l oleh seorang lelaki bergelar pendakwah.

Walau bagaimanapun, Syed menafikan hal tersebut dan melantik peguam untuk mewakili dirinya.

Joy Revfa kena temp1ias kontr0versi Da’i Syed, terima banyak mesej pertanyaan – “Dia gemar mengusik tapi tak sampai an1iaya wanita”

GARA-GARA pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan Da’i Syed, usahawan kosmetik iaitu Joy Revfa turut terkena tempias isu berhubung kontr0versi pendakwah muda itu.

Joy mendedahkan dia menerima banyak mesej di laman sosial selain namanya turut dipetik di ruangan komen berita dakwaan Da’i Syed 

Pemilik nama Siti Arifah Amin ini berkata, biarpun Da’i Syed gemar mengusik dan kelihatan nakal namun pendakwah itu tidak pernah berkelakuan tidak sennoh terhadap wanita.

“Sejak isu itu menjadi tular, saya terima banyak DM dan ramai netizen yang tag nama saya ruangan komen berita berkaitan Da’i Syed.

“Sebenarnya, Da’i Syed ini memang nampak nakal dan suka mengusik walaupun dia seorang pendakwah. Tapi sepanjang berkawan dengan dia, tak pernah lagi dia aniaya perempuan.

“Itu yang saya tahu la. Dia seorang kawan yang baik hati dan selalu kongsi ilmu dengan saya. Malah, dia juga menghormati saya sebagai seorang kakak,” katanya kepada mStar.

Joy yang bakal menceburi bidang lakonan turut berkongsi mengenai perkara itu di laman sosial miliknya.

Sekitar Mei tahun lalu, Joy pernah berkongsi foto bersama Syed sehingga menimbulkan spekulasi mereka mempunyai hubungan cinta.

Bagaimanapun Syed tampil menafikan perkara itu dan menganggap Joy sebagai kakak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : murai.my

 

Be the first to comment on "D4kwaan Da’i Syed Guna Ilmu Pengasih? Ketua Polis Dedah Sesuatu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*