Sah Hamil

KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama berteka-teki mengenai kehamilan kedua, penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin mengumumkan bahawa beliau hamil empat bulan.

“Alhamdulillah, benar saya hamil anak kedua,” katanya dalam pengumuman sebentar tadi kepada Astro AWANI dan media lain dalam satu sesi dalam talian.

 

Ditemani suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, Siti Nurhaliza, 41, berkata, beliau memilih untuk tidak menghebahkan berita gembira ini lebih awal kerana belum sampai masa yang sesuai.

“Memang benar saya berdiam diri walaupun sudah ramai yang meneka dan membuat spekulasi. Ini kerana keadaan tidak mengizinkan, jadi saya dan suami sepakat untuk ambil masa sedikit.

“Alhamdulillah, ramai yang mendokan dan saya amat gembira dan bersyukur. Doakan kehamilan say aini selamat sampai saya bersalin dan Insya-Allah dapat lahirkan zuriat yang sihat,’ ujar Siti Nurhaliza yang sebelum ini dikurniakan anak pertama, Siti Aafiyah yang kini berusia dua tahun.

Diberi kesempatan hamil anak kedua, penyanyi masyhur itu berkata, beliau terbuka untuk menerima kehadiran bayi lelaki atau perempuan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.astroawani.com/berita-hiburan/ya-saya-hamil-anak-kedua-kandungan-berusia-empat-bulan-siti-nurhaliza-271033

 

Be the first to comment on "Sah Hamil"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*