5 Artis Bollywood Yang Sanggup Tukar Agama Kerana Cinta

Kerana cinta, apa-apa pun sanggup dilakukan sehingga kan ada yang rela menukar agama untuk bersama orang tersayang. Salah satunya ialah selebriti Bollywood Sharmila Tagore, iaitu ibu mertua Kareena Kapoor.

Anda boleh lihat lakonan Sharmila Tagore melalui filem hits Bollywood berjudul Mann yang memegang watak sebagai nenek kepada Aamir Khan.

Sharmila Tagore memulakan kariernya sebagai pelakon filem Bengali yang popular di Bollywood. Ketika berada di puncak kariernya, dia jatuh cinta dengan bapa Saif Ali Khan, Mansoor Ali Khan Pataudi yang beragama Islam.

Foto: Old Indian Photos

Sharmila Tagore memeluk agama Islam dan mempunyai nama baru Begum Ayesha Sultana. Walaupun mendapat tentangan daripada keluarga mereka, mereka mampu mengatasinya dan terus berkahwin.

Selain Sharmila Tagore, 4 artis Bollywood ini telah menukar agama demi cinta seperti yang dilaporkan oleh Bollywoodshaadis.com.

1Nargis Dutt @ Nirmala Dutt

Nargis Dutt bersama anak lelakinya, Sanjay Dutt

Nargis Dutt, seorang pelakon legenda Bollywood yang tidak pernah membiarkan agama mempengaruhi pilihannya ketika dia jatuh cinta. Dia adalah seorang Muslim yang jatuh cinta dengan Sunil Dutt, seorang Hindu yang bergandingan bersama dalam filem, Mother India.

Ibu pelakon Sanjay Dutt itu tanpa rasa ragu untuk memeluk agama Hindu malah mempunyai nama Hindu, Nirmala Dutt. Ini tentu mengejutkan peminat kerana mereka hanya mengumumkan hubungan mereka setelah berkahwin.

Amrita Singh

Foto: PinkVilla

 

Amrita Singh pada asalnya adalah seorang Sikh yang memeluk Islam kerana kekuatan cintanya terhadap Saif Ali Khan. Walaupun mendapat tentangan dari keluarga Saif, namun pasangan ini tetap berkahwin.

Malangnya, selepas 13 tahun berkahwin, mereka berdua bercerai dan mempunyai dua orang anak, iaitu Sara Ali Khan dan Ibrahim Ali Khan. Masih belum diketahui sama ada Amrita Singh kembali ke Sikh atau tidak.

Saif Ali Khan telah berkahwin semula dengan Kareena Kapoor dan mempunyai seorang anak lelaki Taimur Ali Khan.

Ayesha Takia

Foto: SantaBanta

Ayesha Takia berkahwin dengan teman lelakinya Farhan Azmi yang merupakan pemilik restoran. Mereka berkahwin dalam upacara Islam pada 1 Mac 2009. Banyak laporan media mend4kwa bahawa Ayesha, yang dilahirkan dengan agama Hindu telah memeluk Islam untuk menikahi Farhan.

Dharmendra

Foto: @dreamgirlhemamalini

Dharmendra sudah berkahwin dengan Prakash Kaur ketika dia jatuh cinta dengan Hema Malini. Pelakon itu berada dalam dilema ketika isterinya menolak untuk menceraikannya.

Oleh itu Dharmendra memeluk Islam dan menukar namanya menjadi Dilawar Khan untuk menikahi Hema, menjadikannya isteri keduanya.

Itulah 5 artis Bollywood yang telah menukar agama kerana cinta.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Murai

 

Be the first to comment on "5 Artis Bollywood Yang Sanggup Tukar Agama Kerana Cinta"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*