AR Badul ‘berputih mata’

SELEPAS lebih setahun pemergian Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, bapa arwah yang juga pelawak veteran AR Badul tampil menuntut haknya sebagai salah seorang waris.

Menurut Badul atau Armaya Aman Ramlie, 71, dia kesal apabila haknya sebagai bapa dinafikan tanpa penjelasan munasabah.

“Saya ayah dia, tapi tak layak nak dapat tuntutan terhadap hak Allahyarham.

“Pihak sebelah sana (bekas isteri) kata saya tak ambil tahu tentang anak (Mohd Zahir) sejak kecil dan kata saya bukan bapa dia.

“Ini bukan soal duit tapi tentang hak saya sebagai bapa, saya berani untuk tampil ke hadapan, ” katanya kepada mStar.

Mohd Zahir yang juga pegawai komando, m4ut pada 4 September 2019 ketika melakukan demonstrasi keupayaan sempena pelancaran penubuhan Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) di Kem Kok Lawi, Sabah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment on "AR Badul ‘berputih mata’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*