Anak Pemilik Kereta Yang Tul4r Bawa Pokok Pisang Sampai Halang Jalan Tampil Jelaskan Apa Terjadi Ketika Hadir Di Balai Polis

Iskandar Puteri: Lelaki yang membawa sebatang pokok pisang menggunakan Toyota Vios di Taman Mutiara Rini, Skudai, dekat sini, petang semalam, bukan saja tidak memiliki lesen memandu malah mempunyai 18 sam4n trafik, empat war4n tangk4p dan 10 sam4n tidak boleh dikompaun.

Video lelaki berkenaan yang memandu dengan membawa sebatang pokok pisang secara melintang itu tular di media sosial sejak petang semalam dan menerima kec4man pengguna jalan raya.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, lelaki berusia 30 tahun itu menyerah diri di Balai Polis Trafik Iskandar Puteri, kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Katanya, hasil s1iasatan mendapati kejadian berlaku di Jalan Persiaran Utama, Taman Mutiara Rini, Skudai, dekat sini, jam 2 petang semalam.

“Pada jam 7.15 malam, pemilik kereta yang berada di Singapura berjaya dihubungi dan pada jam 8.30 malam hari sama, anak pemilik kereta hadir bersama kenderaan yang tular di video berkenaan.

“Berdasarkan keterangan lisan anak pemilik, kenderaan itu dipandu oleh sepupunya yang membawa pokok pisang untuk upacara keagamaan di Taman Mutiara Rini.

“Pada jam 9.30 pagi tadi, lelaki berusia 30 tahun yang memandu Toyota Vios berkenaan menyerah diri ke Balai Polis Trafik Iskandar Puteri.

“Hasil pemeriksaan rekod sam4n lampau, pemandu berkenaan memiliki 18 sam4n trafik termasuk empat war4n tangkap dan 10 sam4n tidak boleh dikompaun,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Video tular berdurasi 54 saat itu memaparkan rakaman pemandu yang meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemandu Toyota Vios kerana membah4yakan pengguna jalan raya lain.

Zulkhairi berkata, pemandu itu disam4n mengikut Kaedah 20 LN. 166/59 atas kesalahan membawa muatan dengan kenderaan yang tidak sesuai.

Katanya, pemandu berkenaan juga dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, pagi tadi untuk menyelesaikan kes sam4n lampau yang berstatus war4n tangkap.

“Secara keseluruhannya sam4n yang diselesaikan ialah sebanyak enam sam4n bernilai RM1,200.

“Kereta berkenaan disita mengikut bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan cukai jalan tamat tempoh serta kenderaan dipandu tanpa lesen sehingga pemilik sah kenderaan hadir untuk diambil tindakan selanjutnya,” katanya.

https://www.facebook.com/HyperlokalMY/videos/653090025369252/

Sumber : HMETRO ONLINE

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

 

Be the first to comment on "Anak Pemilik Kereta Yang Tul4r Bawa Pokok Pisang Sampai Halang Jalan Tampil Jelaskan Apa Terjadi Ketika Hadir Di Balai Polis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*