Makcik Ini Tak Prcaya Suami Dh Tiada, Paksa Cikgu Sapu Minyak Angin di Dada Arwh. Meraung Saat Mayt Diangkat

Baru tiga minggu lepas, aku hantar arwh Pak Cik Saman dan Mak Cik Yati ke rumah orang-orang tua.

Semalam, aku mengangkat jnzahnya. Aku membuat ikatan kain kaf4nnya. Aku melihat wajah itu tidak lagi boleh bergurau senda dengan aku.

Arwh ini aku kenali sejak akhir tahun lepas. Jirannya memaklumkan pada aku ada satu pasangan tua tinggal berdua tanpa anak.

Si isteri lumpvh tak boleh berjalan dan bercakap akibat serangan str0ke. Suami pula kerap sak`it jantung hingga tidak lagi boleh membawa teksi.

Terus aku ziarah mereka. Dan dari ziarah pertama, mereka terus berada dalam radar aku. Setiap sebulan dua sekali aku pasti singgah bertanya khabar, kirim bantuan dan bantu semampu aku.

Setiap kali aku ziarah, arwh selalu kata pada isterinya,

” Allah tidak kirim anak kat kita selama ini, rupanya Allah nak kirim cikgu sebagai pengganti anak kita”.

Dan Mak Cik Yati tersenyum sambil berkata perkataan yang aku tidak fahami. Biasanya arwh Pak Cik Saman yang tolong translate.

Aku kalau ke rumah arwh, memang lama aku duduk. Kami berborak dan bergurau senda. Arwh Pak Cik Saman peramah dan suka bergurau.

Berkali-kali aku pujuk dia supaya tinggal di rumah orang-orang tua. Aku risau, jika dia pengs4n atau meninggI dnia, tiada siapa perasan dan Mak Cik Yati pun tak boleh nak minta bantuan sesiapa.

Mereka enggan. Mereka kata biarlah mereka tinggal di situ. Mereka selesa. Jiran-jiran semuanya baik-baik belaka.

Belikan telefon untuk Makcik Yati

Maka aku belikan telefon untuk Mak Cik Yati, siap daftar simkad dan pesan,

” Jika apa-apa berlaku pada Pak Cik Saman, Mak Cik Yati call je saya. Walau mak cik tak boleh cakap, jika ada panggilan dari nombor ini saya tahu ada kecem4san berlaku”.

Dan semalam, buat pertama kalinya ada call dari nombor Mak Cik Yati.

” Uhhh, uhhh, uhhhh”.

Itu sahaja yang aku dengar.

” Sabar mak cik, InsyaAllah minggu depan saya bawa mak cik keluar dari sana. Saya tunggu ambulance Dana Kita siap sepenuhnya dulu. Baru senang nak ambil mak cik dan pak cik”.

Memang dari minggu lepas Pak Cik Saman merungut nak balik rumah dia. Dia selesa di rumahnya. Katanya kalau ada apa-apa, Mak Cik Yati boleh panggil jirannya.

Puas aku pujuk, katanya nak pulang juga. Maka aku janji aku bawa mereka pulang dengan ambulance Dana Kita nanti. Aku dah pun cari orang untuk jaga mereka di rumahnya.

Rupanya, tidak sempat aku tunaikan hasrat terakhir Pak Cik Saman. Dia pergi dahulu.

Namun aku bersyukur, tepat keputusan aku bawa mereka ke rumah orang-orang tua. Ada orang pantau setiap masa.

Tidak boleh aku bayangkan jika arwh meninggl di rumah sendiri. Bagaimana Mak Cik Yati nak minta pertolongan? Mana tahu masa tu telefon duduk jauh atau habis bateri, bagaimana dia nak call aku?

Ada kemungkinan mereput dan membusvk la m4yat sehingga orang perasan jika berlaku di rumah mereka.

Semalam, bila Pak Cik Saman pengs4n, ada staff rumah orang-orang tua yang terus tahu dan bertindak memanggil ambulance.

Pegawai kesihatan datang ke rumah, dan bila diperiksa, Pak Cik Saman sudah tiada. Dalam data mereka, nama anak sulung Pak Cik Saman adalah aku. Aku la warisnya, akulah penjamin mereka berdua.

Pihak sana terus call aku dan memaklumkan berita ini. Masa tu, aku di hospital bawa anak-anak untuk urusan berkhatan.

Aku terus call Muhammad Irwan, Timbalan Presiden aku untuk terus ke sana.

Sebaik sampai di sana, jiran-jiran dan kawan Pak Cik Saman sudah pun ada. Namun mereka tidak dibenarkan masuk.

Hanya anak waris sahaja dibenarkan masuk. Waris dalam data ialah aku sebagai anak sulung dan Sir Irwan sebagai anak kedua.

Makcik Yati pegang botol minyak angin dan suruh…

Alhamdulillah, Sir Irwan dibenarkan masuk. Sebaik masuk ke bilik mereka, Mak Cik Yati pegang botol minyak angin suruh Irwan sapu kat dada Pak Cik Saman.

” Uhhhh. Uhhhh. Uhhhhh”.

Jelas isyarat dia suruh sapu minyak angin ke dada Pak Cik Saman. Perlahan Irwan berkata,

” Mak cik. Pak cik dah tiada. Dia dah meninggI dnia”.

” Uhhhhh. Uhhhh. Uhhhhh”. Marah Mak Cik Yati bila Irwan berkata begitu. Dipaksanya Irwan sapu juga minyak angin kat badan arwh.

Sebak Irwan melihat Mak Cik Yati tidak boleh terima kenyataan suami kesayangan yang menjaga makan minum, yang memandikan, yang basuh kencing beraknya kini sudah tiada.

Sebaik m4yat diangkat baru Mak Cik Yati meraung dan menangis dengan kuat.

Akhirnya, suami yang paling dikasihi, suami yang paling penyayang, yang dicintai sepenuh hati, yang tidak pernah meninggalkan dia walau dia tidak mampu beranak, walau dia sakit, walau dia tak mampu berjalan, walau dia tak mampu bercakap kini pergi buat selama-lamanya.

M4yat dibawa ke Masjid Gombak Utara untuk dimandikan dan solat jnzah di situ.

Aku menunggu m4yat di masjid sahaja. Tidak sempat aku nak berkejar ke sana.

Sebaik m4yat sampai, aku buka kain batik yang menutup sekujur badan yang aku kenali itu.

Terlihat wajah tenang Pak Cik Saman yang pucat tidak lagi bernadi. Sebak sungguh aku melihat wajah itu.

Dari selepas Asar hingga Isyak aku tunggu dan tidak meninggalkan m4yat arwh. M4yat itu aku angkat, kerandanya aku usung. Solat jnzahnya aku turut sama sembahyangkan.

Hanya itu bakti terakhir yang mampu aku lakukan untuk arwh.

Buat arwh Pak Cik Saman, tenanglah pak cik. Usah risau dengan Mak Cik Yati. Selagi saya berdaya, selagi saya bernyawa, saya akan pastikan kebajikan Mak Cik Yati terjaga.

Buat semua ahli Masjid Gombak Utara, terima kasih tidak terhingga kerana sudi membantu kami untuk urus jnzah ini.

Tidak lupa juga kepada pegawai zakat Negeri Selangor, Ustaz Firdaus Mohd Husain yang terus bergegas ke mari sebaik mendapat berita sedih ini.

Terima kasih semua. Terima kasih banyak-banyak. Jasa kalian dalam membantu kami semalam tidak terbalas banyaknya.

Dan hari ini, tiada lagi doa dari Pak Cik Saman untuk kita semua.

Semoga pak cik tenang di alam sana. Amin.

Ingin turut serta dalam setiap projek amal saya? Ini maklumat akaun ya :

Nombor akaun : 564221646925

Bank : Maybank

Nama akaun : Pertubuhan Kebajikan Dana Kita

Sumber:FB cikgu Mohd Fadli Salleh

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

 

Be the first to comment on "Makcik Ini Tak Prcaya Suami Dh Tiada, Paksa Cikgu Sapu Minyak Angin di Dada Arwh. Meraung Saat Mayt Diangkat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*