Isteri Nabil Ahmad Buat Sesuatu Yang Tak Dijangka. Nabil Sendiri Terkejut Bila Nampak (Video)

Pelawak, pelakon dan pengacara Nabil Ahmad terkejut apabila mendapat tahu isterinya Nazirah Ayub membuat penghantaran sendiri menggunakan motosikal.

Video Berada Di Bawah Artikel

Nabil berkata, dia hanya mengetahui mengenai perkara tersebut selepas melihat Nazirah atau lebih mesra dipanggil Zira, pulang dengan menunggang motosikal ketika sedang berehat di depan rumah.

“Saya tak tahu dia pergi buat penghantaran barang kepada pelanggan naik. Video tersebut pun dirakam oleh Mikayla.

“Bila saya tanya, dia kata dia pergi buat COD. Jangan kata saya buli isteri pula, saya sendiri pun terkejut,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Tambah Nabil lagi, dia terharu apabila Zira sanggup membantunya sehingga ke tahap itu.

“Saya tak tahu nak cakap macam mana sebab macam-macam perasaan ada. Terharu, sedih dan memang tak sangka.

“Bila saya tanya, dia kata tak mengapa kerana dia hanya mahu membantu sebab nak tambah pendapatan keluarga.

“Saya benarkan dia buat COD tapi kalau boleh tak mahu lah dia kerap sangat menunggang motosikal kerana bimbang akan keselamatannya.

“Tapi itulah isteri saya, mana boleh duduk diam. Kalau saya ada ‘Dorylicious’, dia pula tak nak kalah! Dia keluar dengan produk makanan ringan sendiri iaitu ‘Babynuts’.

“Dalam video yang saya kongsi di Instagram (IG) tu, dia baru lepas buat COD ‘Babynuts’ la tu,” katanya ketawa.

Dalam pada itu, Nabil sempat mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyokong perniagaannya dan isteri.

“Terima kasih semua kerana selalu memberikan sokongan dalam apa jua yang kami lakukan,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nabilzira (@nabilzira)

VIDEO :

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : GEMPAK

 

Be the first to comment on "Isteri Nabil Ahmad Buat Sesuatu Yang Tak Dijangka. Nabil Sendiri Terkejut Bila Nampak (Video)"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*