Tiara Jacquelina Kenang 32 Tahun Persahabatan Bersama Christine Hakim

Aktres dan penerbit berprofil tinggi, Puan Sri Tiara Jacquelina mengenang persahabatan bersama legenda layar perak Indonesia, Christine Hakim yang terjal1n selama 32 tahun.

Tiara berkongsi perkara itu menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

Menurut Tiara, beliau mula bergandingan bersama Christine dalam sebuah filem hasil kerjasama produksi Malaysia dan Indonesia berjudul Ir1san-Ir1san Hat1 pada tahun 1988.

Kemudian, ketika Tiara menerbitkan filem epik zaman berzaman, Puteri Gunung Ledang (PGL), Christine menerima tawaran untuk berlakon sebagai ‘Bayan’ dengan hati yang terbuka.

“32 tahun lalu, remaja yang masih baru ini (dirinya) telah berlakon dalam filem kerjasama produksi Malaysia dan Indonesia, Ir1san-Ir1san Hat1 bersama dua legenda layar perak Indonesia iaitu Christine Hakim dan Deddy Mizwar.

“Selepas beberapa lama, apabila Christine mendengar saya menerbitkan filem pertama (PGL), beliau berkata ya dengan baik sekali ketika saya bertanya adakah dia mahu memainkan watak Bayan.

“Banyak sebab mengapa orang menggeIar wanita ini sebagai seorang legenda. I love You Mbak Chris, ini untuk persahabatan kita, selamanya,” tulis Tiara sebagai kapsyen.

Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Tiara meninggalkan respon positif dan memuji bakat serta hasil kerja dua figura terkenal itu.

Selain Tiara dan Christine, PGL arahan Saw Teong Hin yang menemui penonton pada tahun 2004 itu turut dibintangi oleh Datuk M Nasir, Sofea Jane, Datuk Rahim Razali, Adlin Aman Ramli dan ramai lagi.

Meskipun sudah meneIan masa 16 tahun, filem ini masih menjadi kegemaran ramai yang tidak jemu menontonnya sehingga hari ini.

Kepada anda yang merindui PGL, jangan lepaskan peluang menyaksikan tayangan filem ini menerusi platform EnfinitiV.asia bermula 13 November lalu dan berakhir hari ini!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : gempak

 

Be the first to comment on "Tiara Jacquelina Kenang 32 Tahun Persahabatan Bersama Christine Hakim"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*