“Boy Or Girl?” – Aiman Hakim Ridza & Zahirah MacWilson Sambut Baby Shower

Pelakon Zahirah MacWilson meraikan majlis baby shower bersempena kandvngannya yang kini mencec4h lapan bulan. 

Menerusi laman sosial Instagram, Zahirah berkongsi foto-foto sambutan penuh meriah yang diadakan di Perth Australia itu di samping suami tercinta aktor Aiman Hakim Ridza serta ahli keluarga. 

“Oh baby, terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis baby shower ini, pasti akan diingati,” tulisnya di ruangan kapsyen. 

Pada majlis bertemakan warna putih dan oren lembut itu, Zahirah turut memaklumkan semua hidangan pastri termasuklah kek utama disediakan oleh ibunya, Maslinda Yusof yang merupakan seorang bekas chef. 

Namun, pasangan dua sejoli ini tidak mended4hkan jant1na anak yang bakal dilah1rkan. 

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata wargamaya meneka Zahirah bakal menerima kehadiran cahaya mata lelaki berdasarkan wajahnya yang berseri-seri. 

Tidak kurang juga ramai rakan selebriti yang turut meneka pasangan ini bakal mendapat anak perempuan. 

“Baby boy ni sebab Zahirah nampak berseri-seri,” tulis seorang wargamaya.

“Teka boy juga sebab muka berseri lain macam. Kalau girl, ibu tak berseri sebab dia sedut kecantikan ibu,” komen seorang wargamaya.

“Pervt taj4m, muka berseri, pinggang boleh nampak bentuk lagi, insya-Allah baby boy ni,” kata seorang wargamaya.

“Tak kisah jant1na apa harapnya bayi sihat. Semoga Allah permudahkan segalanya,” doa seorang wargamaya.

Hujung Oktober lalu, Zahirah dan Aiman terbang pulang ke Perth, Australia bagi melah1rkan anak sulung mereka di sana.

Sehingga kini, foto tersebut telah menerima lebih 120,000 tanda suka daripada pengikutnya. 

Sekadar info, Zahirah dan Aiman mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dalam sebuah majlis pernikahan tertutup di Petaling Jaya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : gempak

 

Be the first to comment on "“Boy Or Girl?” – Aiman Hakim Ridza & Zahirah MacWilson Sambut Baby Shower"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*