Dulu Berlakon Iklan Maxis Hingga Dilamar Aziz M Osman, Netizen Imbau Memori & Sifatkan Kecantikan Nora Danish Tak Pernah Berubah

Pelakon jelita, Nora Danish ada memuat naik sebuah video ‘throwback’ ketika muncul dalam sebuah iklan syarikat telco, Maxis.

Kemunculannya di dalam iklan berkenaan memberi seribu satu makna apabila dia seterusnya dilamar pengarah, Aziz M Osman untuk menceburkan diri dalam lakonan pada ketika itu.

“Iklan Maxis yg buat Nora ke bidang lakonan selepas di lamar oleh Abang Aziz M Osman.

“Kening zaman tu memang  tengah ‘in’! Lagi nipis lagi power hahahahha,” tulisnya imbau kenangan.

Video berdurasi hampir 60 saat itu dikongsikan Nora menerusi akaun Instagram.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut mengenang dan mengingati iklan terbabit selain ada yang turut menyifat kecantikan Nora tak pernah berubah daripada duhulu sehingga sekarang.

Ibu kepada dua cahaya mata ini memulakan karier lakonannya pada tahun 2005 menerusi sitkom popular berjudul Puteri yang masih melekat dalam ingatan peminat sehingga kini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : MH

 

Be the first to comment on "Dulu Berlakon Iklan Maxis Hingga Dilamar Aziz M Osman, Netizen Imbau Memori & Sifatkan Kecantikan Nora Danish Tak Pernah Berubah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*