“Dah Dua Minggu, Hari Ni Kena Checkout Dah…” – Ashira, Anak Berpis4h Semula…

Bintang Gegar Vaganza (GV) 7, Ashira mengucapkan terima kasih kepada pihak hotel yang telah menaja penginapannya bersama anak selama dua minggu.

Ashira menerusi sebuah hantaran di laman sosial Instagram (IG)nya pada petang Rabu turut meluahkan rasa syukur kerana dapat meluangkan masa bersama anak sepuas-puasnya.

“Dua minggu dekat Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur, hari ni dah kena check-out. Apa pun Alhamdulillah di atas rezeki Allah.

“Shira dapat luangkan masa dengan anak selama berada di sini. Terima kasih kerana sudi menaja penginapan Shira dan anak selama dua minggu,” katanya.

Pemilik nama Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 35, ini pada 8 November lalu ditemukan dengan anaknya Megat Shazril Haziq Hadi, 14.

Pertemuan tersebut dirancang produksi GV7 tanpa pengetahuan Ashira menyebabkan dia mengal1rkan air mata sebaik sahaja melihat anaknya muncul bersama jambangan bunga.

Ibu dan anak ini tidak tinggal sebumbung buat sementara waktu ini memandangkan Ashira mempunyai komitmen bersama GV7.

Megat Shazril tinggal bersama kakak Ashira iaitu, Shasha Aziz di Shah Alam manakala Ashira pula tinggal di Ampang serta berulang-alik ke Putrajaya untuk GV7.

Terdahulu kisah hidup Ashira menjadi perhatian apabila mended4hkan tidak mampu membayar sewa rumah sehingga di minta keluar dari kediaman tersebut.

Mengulas mengenai persembahannya di pentas GV7, Ashira merupakan salah seorang bintang yang sering mendapat komen positif juri.

Ashira juga dilihat sebagai bintang yang menunjukkan peningkatan dari minggu ke minggu.

Dalam minggu ketujuh bertemakan ‘Take Over’ Ahad ini, Ashira diberikan tugasan menyanyikan lagu Sekilas Senyumanmu nyanyian asal Fauziah Latiff.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : gempak

 

Be the first to comment on "“Dah Dua Minggu, Hari Ni Kena Checkout Dah…” – Ashira, Anak Berpis4h Semula…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*