“Pengacara sekarang banyak merapv dan suka pot0ng tetamu bercakap!” – Nad Zainal bandingkan Azwan Ali dengan hos masa kini

KEMUNCULAN Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA sebagai pengacara program Lagu Cinta Kita 2 selama dua episod mendapat pujian penonton.

Malah, pelakon Nad Zainal juga berpendapat Azwan, 54, seorang pengacara TV terbaik yang masih ada dalam industri.

No doubt, Diva Azwan Ali antara hos TV terbaik yang Malaysia ada. Respect buat senior,” tulisnya menerusi Instastory.

Azwan turut memuat naik semula perkongsian pelakon drama Hati Yang Tersakit1 itu di Instagram miliknya pada Rabu.

Dalam pada itu, Nad turut meninggaIkan komen dengan membandingkan pengacara zaman 90an dengan generasi baharu.

“Pengacara sekarang banyak merapv dan suka pot0ng tetamu bercakap… rindu pengacara dan program TV pada tahun 90an.

“Malah pembaca berita… semua nampak classy,” kata Nad.

Nad meninggalkan komen dengan menyuarakan pendapatnya mengenai pengacara masa kini.

Gandingan Azwan dengan pelakon Elly Mazlein sebagai pengacara program yang bersiaran setiap Ahad di TV3 itu mencur1 perhatian.

Penampilan berbeza Azwan yang kelihatan kemas dengan berambut pendek dan mengenakan sut menerusi program tersebut juga dipuji netizen.

Azwan berkata dia perlu bersikap profesional dalam melaksanakan tugas sebagai pengacara program televisyen tanpa perlu mengundang kontr0versi.

Bagaimanapun Azwan menerusi Instagram mengumumkan dia hanya mengendalikan program realiti tersebut untuk dua episod sahaja.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

 

Be the first to comment on "“Pengacara sekarang banyak merapv dan suka pot0ng tetamu bercakap!” – Nad Zainal bandingkan Azwan Ali dengan hos masa kini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*