Kec0h foto pekerja asing pakai gelang pink, Dr Noor Hisham ded4h perkara sebenar

Kec0h mengenai dua gambar menunjukkan pekerja warga asing masih berada di kawasan pembinaan dengan memakai gelang merah jambu yang tuIar, baru-baru ini.

Namun, ia sebenarnya adalah pekerja yang melalui sar1ngan pengawasan Covid-19 di tapak binaan itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan individu-individu terbabit diberikan gelang merah jambu bagi mengelakkan mereka daripada keluar dari tapak binaan.

“Tetapi mereka masih boleh bergerak di dalam tapak binaan kerana ianya saringan pengawasan bukan saringan kontak rapat. Pihak pemaju telah diminta untuk memastikan kesemua yang disaring berada dalam kawasan tapak binaan.

“Dua orang pengawal keselamatan diletak di pintu masuk tapak bina dan pihak p0lis IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Wangsa Maju juga melakukan pemantauan setiap hari,” katanya dalam catatan yang dimuat naik dalam akaun laman sosial Facebook beliau pada Selasa.

Dr Noor Hisham berkata, seramai 264 daripada 273 orang yang telah disaring adalah melalui saringan pengawasan tapak binaan dan mereka berada di dalam kawasan pembinaan berkenaan.

Selain itu, Dr Noor Hisham memberitahu pemaju terbabit juga dinasihatkan untuk melakukan kerja-kerja disinfeksi.

Katanya lagi, pada 13 November hingga 15 November lepas, pemaju berkenaan telah memberhentikan operasi sementara waktu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan dan nyah cem4r sehingga kepvtusan saringan diperoleh pada 15 November.

“Release order (perintah pelepasan) dan pemotongan gelang merah jambu telah dilakukan pada 15 November 2020, jam 11am (pagi) di tapak bina berkenaan. Hasil saringan terdapat satu k3s positif sahaja tetapi k3s ini tidak tinggal di tapak binaan, tetapi menetap di luar tapak binaan,” katanya.

Beliau memberitahu, terdapat lapan kontak rapat kepada k3s positif Covid-19 terbabit yang masih menjalani tempoh kuarantin iaitu dari 7 November hingga 20 November, sementara kesemua pekerja lain yang dikesan negatif diberikan (perintah) pelepasan pada 15 November. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

 

Be the first to comment on "Kec0h foto pekerja asing pakai gelang pink, Dr Noor Hisham ded4h perkara sebenar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*