Ramai tak tahu proses undian, Mawar Rashid syukur kelab peminat bijak atur strategi – “Semuanya ikut sistem disediakan penganjur!”

KEMENANGAN pelakon Mawar Rashid dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 33 (ABPBH33) pada Jumaat lalu menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen.

Enggan membiarkan netizen berterusan mempertika1kan kemenangan itu, Mawar menjelaskan keputusan tersebut berdasarkan undian peminat yang dikira mengikut sistem yang disediakan pihak penganjur.

Menurut Mawar, 25, penjelasan yang dibuat ini bukan untuk mempertahankan dirinya namun ingin menghargai usaha keras peminat, Mawarnizers dan keluarganya.

Mawar pertahankan usaha keras peminat.

“Semua sedia maklum kemenangan dalam ABPBH ini berdasarkan undian peminat. Undian dikira paling tinggi dengan mengikut sistem yang disediakan pihak penganjur.

“Ramai yang tidak tahu proses undian berpuluh ribu itu datang daripada pembelian satu peranti telefon selain dari proses scan QR code dengan jumlah 700 setiap kali scan.

“Jadi, boleh bayangkan tak bagaimana usaha mereka. Sebagai contoh, kenapa orang pert1kaikan 22 juta undian Haqiem, sedangkan peminat dia mengundi mengikut apa yang sistem ABPBH laksanakan.

“Mereka yang mempert1kaikan kemenangan ini ada hak untuk bersuara. Tapi saya mahu jelaskan perkara ini sebab nak pertahankan usaha keras kelab peminat dan keluarga saya,” katanya.

Malam ABPBH33 yang bersiaran langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil turut menyaksikan kemenangan penyanyi Haqiem Rusli sebagai Bintang Paling Popular dengan jumlah undian lebih 22 juta.

Untuk rekod, isteri kepada pelakon Raf Yaakob ini memenangi kategori Pelakon Filem Wanita Popular berdasarkan lakonannya dalam filem berjudul Bu, Kasih Suci yang ditayangkan April tahun lalu.

Mawar sentiasa ditemani suaminya, Raf Yaakob.

Dalam pada itu, pemilik nama Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid ini memuji peminatnya yang pandai mengatur strategi dengan mengundinya dalam kategori tersebut.

“Saya hargai usaha dan sokongan peminat dan team Mawarosesquad bagi memastikan kemenangan saya walaupun dalam kategori ini.

“Pada saya, mereka bijak mengatur strategi sebab kalau mereka undi di kategori TV mesti saya belum ada rezeki sebab 7 hari Mencintaiku menjadi fenomena

“Insya-Allah saya akan jadikan kemenangan kali ini sebagai titik permulaan bagi saya lebih bekerja keras dan membuktikan sesuatu untuk diri sendiri, keluarga dan terutamanya peminat,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

 

Be the first to comment on "Ramai tak tahu proses undian, Mawar Rashid syukur kelab peminat bijak atur strategi – “Semuanya ikut sistem disediakan penganjur!”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*