Jodoh PKPB! Adam Shahz sudah sedia bergelar suami sekali lagi – “Alhamdulillah dia dah rapat dengan anak saya”

HAMPIR empat tahun menduda, pelakon Adam Shahz mended4hkan sudah mempunyai teman istimewa sejak beberapa bulan lalu.

Adam atau nama sebenarnya Nor Shah Azli Abdol Ghani, 39, berkata, pengalaman gagaI dalam rumah tangga sebelum ini tidak sedikit pun membuat dia ser1k untuk kembali bergelar suami.

“Insya-Allah, kalau ada rezeki saya bakal mendirikan rumah tangga pada tahun depan.

“Semua orang nak kahwin, walaupun ada pengalaman pah1t sebelum ini, saya tidak rasa itu adalah pengakhiran saya.

Adam mempunyai seorang anak perempuan hasil perkahwinan sebelum ini.

“Kalau semua berjalan lancar seperti yang dirancang, saya tidak kisah jika buat majlis sewaktu PKPB atau buat majlis kecil-kecilan lebih jimat.

“Sebenarnya dah setahun kami kenal, cuma kami semakin rapat mula September lalu. Biasa la tak ada apa nak buat kat rumah, saja kenal-kenal mana tahu jodoh,” kata Adam.

Dalam pada itu, Adam bersyukur, anaknya Ivy Herra Sophia yang kini berusia lima tahun sudah mula menerima dan semakin rapat dengan kekasihnya itu.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana penerimaan terhadap anak itu nampak sangat positif. Dia pun rapat dengan anak dan suka budak-budak ni,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun, Adam Shahz berkata, dia akan memperkenalkan bakal isterinya itu kepada umum pada masa yang sesuai.

Sementara itu, bercakap tentang kerjaya lakonannya, Adam berkata, dia baru sahaja selesai penggambaran drama 26 episod yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Adam selesai penggambaran drama.

“Saya baru sahaja habis penggambaran drama 26 episod dan banyak filem yang dah selesai cuma production masih tak dapat nak keluarkan lagi disebabkan pandem1k Covid-19 ni,” jelasnya.

Adam mendirikan rumah tangga dengan pelakon Fatin Nur Afifah pada tahun 2013 dan mengambil keputvsan untuk berpisah pada 2017.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ivy Herra Sophia, 5.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

 

Be the first to comment on "Jodoh PKPB! Adam Shahz sudah sedia bergelar suami sekali lagi – “Alhamdulillah dia dah rapat dengan anak saya”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*