Persembahan dikrit1k, Rozita Izlyn tidak ter4sa hati – “Vibrato macam pakai mekap… ada suka tebal, ada suka nipis”

PESERTA Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) yang ters1ngkir di konsert minggu keenam iaitu Rozita Izlyn menganggap cara nyanyian yang terlalu banyak vibrato bukan punca utama penyingkirannya.

Kata Rozita, 44, teknik getaran suara itu diibaratkan seperti solekan yang mana ia terlalu subjektif untuk dinilai.

“T1pu la kalau kata tak sed1h, cumanya saya lebih terk1lan kerana tak dapat nak memenuhi impian peminat. Keadaan kesihatan saya juga tak mengizinkan malam tu, saya anggap memang tak ada rezeki.

“Sebenarnya komen juri berkenaan vibrato tu sangat subjektif. Jadi bagi saya, itu bukan faktor utama sehingga ia boleh menjadi penyebab saya tersingkir.

Rozita tidak anggap krit1kan juri berhubung vibrato jadi punca dia ters1ngkir.

“Vibrato ni contohnya macam pakai makap, ada yang suka pakai tebal dan ada suka pakai nipis saja,” kata Rozita.

Rozita yang menyanyikan lagu Mengapa Sukar Melafazkan duet bersama Ezad Lazim menerima markah terendah iaitu 57.4 peratus menyebabkan dia tersingkir pada konsert yang berlangsung pada malam, Ahad.

Pada malam tersebut, penyanyi Aishah selaku juri jemputan mengkr1tik nyanyian Rozita terlalu banyak getaran sehingga menjejaskan persembahan yang dilakukan penyanyi itu.

Dalam pada itu, Rozita mengakui pada awalnya dia menolak tawaran sertai GV7 kerana sudah lama meninggalkan bidang nyanyian dan mempunyai pekerjaan tetap.

Selepas beberapa kali dipujuk, akhirnya Rozita menyahut cabaran tersebut dan melakukan persiapan dalam tempoh tidak sampai sebulan.

“Saya akui yang saya dah lama tinggal bidang nyanyian dan memang tidak yakin dari awal saya sertai GV7 ini. Awal-awal lagi saya dah tolak apabila ditawarkan untuk sertai program ini.

Rozita pada awalnya menolak tawaran sertai GV7.

“Saya rasa tak boleh nak beri komitmen kerana saya mempunyai kerja tetap. Bila saya dipujuk beberapa kali, akhirnya saya terima cabaran dan mempersiapkan diri saya yang tak sampai sebulan pun.

“Bila dah ambil keputusan untuk masuk bertanding saya memang buat sehabis baik yang boleh, cumanya biasa la sudah berumur, badan cepat rasa letih,” jelasnya lagi.

Sementara itu, Rozita berkata dia tidak terasa hati jika mendapat krit1kan negat1f kerana ia adalah lumrah memasuki pertandingan.

“Jangan masuk pertandingan, kalau tak berani kena kec4m,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

 

Be the first to comment on "Persembahan dikrit1k, Rozita Izlyn tidak ter4sa hati – “Vibrato macam pakai mekap… ada suka tebal, ada suka nipis”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*