Mael Totey The Movie pec4h rekod filem paling laris kalahkan PoIis Evo, Hantv Kak Limah

SELEPAS meraih RM5 juta dalam tempoh 12 hari ditayangkan menerusi Astro First, filem Mael Totey The Movie (MTTM) berjaya mencatat sejarah baharu apabila menerima kutipan sebanyak RM6.4 juta menerusi saluran itu.

Pengumuman itu dibuat menerusi rancangan realiti Gegar Vaganza yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse secara bersiaran langsung di saluran Astro Ria pada malam, Ahad.

Difahamkan, jumlah berkenaan diperoleh dalam tempoh 23 hari sejak ia mula ditayangkan pada 22 Oktober lalu.

Apa yang lebih membanggakan, MTTM turut memec4h rekod filem P0lis Evo dan Hantv Kak Limah sebagai filem terlaris untuk siaran di Astro First.

Bagaimanapun kutipan MTTM itu tidak dapat menandingi dua filem tersebut jika dikira kutipan keseluruhan termasuk hasil daripada tayangan di pawagam.

Menerusi rekod Finas, Hantv Kak Limah yang ditayangkan pada 2018 memperoleh RM36.23 juta sementara P0lis Evo (2015) ialah RM17.14 juta dan P0lis Evo 2 (2018) mendapat RM22.45 juta.

Dalam pada itu, pengarah filem tersebut iaitu Syahmi Sazli menerusi satu posting di Instagram miliknya pada Ahad mengucapkan terima kasih atas sokongan ramai yang tidak pernah putvs.

“Boom! Mael Totey The Movie berjaya mengutip RM6.4 juta! Sekali gus mencatat sejarah filem nombor satu terlaris memec4h rekod filem box office P0lis Evo dan Hantv Kak Limah!

Syahmi turut berkongsi berita gembira itu di laman sosial miliknya.

“Terima kasih atas sokongan anda semua yang tak putvs-putvs!” kata Syahmi yang berasal dari Kelantan.

Sebelum ini, pengarah dan penerbit Ellie Suriati memberitahu kejayaan filem Mael Totey The Movie yang berjaya meraih kutipan lebih RM5 juta itu tidak boleh dijadikan penanda aras untuk sesebuah karya kreatif.

Ellie menerusi temu bual bersama mStar pada Khamis lalu berkata, filem tersebut masih belum mencapai tahap teknikal sesebuah penerbitan filem.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : gempak

 

Be the first to comment on "Mael Totey The Movie pec4h rekod filem paling laris kalahkan PoIis Evo, Hantv Kak Limah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*