“Tak Kisah Kalau Abah Nak Jumpa, Tapi Abah Kena Buktikan Dulu Dia Dah Berubah…” – Cik B

Anak kepada usahawan kosmetik popular Datuk Seri Vida (DSV), Cik B tidak mempunyai masalah untuk bertemu dengan bapa kandungnya, Mohd Amin Yasin.

Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen, 15, berkata, dia cuma berharap bapanya yang dipanggil ‘abah’ itu benar-benar sudah berubah.

“Saya tak ada masalah nak jumpa abah, tapi untuk bermalam macam yang dinyatakan dalam tuntutan Hadhanah tu, mungkin tidak kot.

“Sebab saya akan rasa awkward kalau bermalam dengan abah, sebab tak biasa kan…Insya-Allah, kalau abah nak berjumpa saya okay sahaja.

“Cuma satu, saya harap sangat abah benar-benar sudah berubah dan kalau dia dah berubah, buktikanlah kepada saya dahulu.

“Tak mahulah macam dulu, jumpa saya tapi lepas tu suruh minta duit kat mama,” katanya.

Tambah Cik B lagi, dia hanya mengetahui mengenai tuntutan dibuat bapanya selepas diberitahu oleh salah seorang kakitangan DSV.

“Memang staff mama yang beritahu dan reaksi saya masa tu macam blur dan tanya kat mama. Mama pula memang sangat tenang mengenai berita tersebut.

“Bila tengok mama tenang, saya pun tak tertek4n. Asalkan mama happy, saya dan Kacak pun happy. Saya tengok mama tak fikir sangat tentang benda tu, lagi pun dia sibuk dengan kerja sampai tak ada masa nak fikir benda-benda lain,” kata Cik B positif.

Mengulas mengenai kecam4n netizen terhadap bapanya, Cik B berkata dia tidak mar4h kerana tidak membaca komen negatif.

“Saya tak mar4h sebab saya tak baca komen negatif, saya just let it be. Cuma mungkin saya rasa mar4h pada diri sendiri sebab pernah tulis dekat Twitter tentang masaIah keluarga yang sepatutnya menjadi privasi.

“Disebabkan itu ramai yang mengungk1t dan k0rek balik kisah Ialu. Saya tak ada rasa apa-apa pun, tapi netizen yang tertek4n.

“Mereka ambil berat tentang saya, tak apalah…Saya okay tak ada travma, cuma mungkin kesan tersebut lebih kepada diri mama.

“Mama yang lalui kisah per1t dalam hidupnya dulu,” katanya ketika dihubungi.

Dalam perkembangan lain, Cik B baru sahaja selesai menjalani penggambaran untuk telemovie Puteri Felora yang bakal ditayangkan di Astro Ceria pada Januari 2021.

Pada Selasa lalu, Mohd Amin yang diwakili pegvamnya, Mohd Zaki Zainal Abidin dan Nik Mohamad Amin Nik Abdullah memfailkan tuntvtan hadhanah (hak lawatan, bermesra dan bermalam) bersama anak-anak di Mahk4mah Syariah Kota Bharu, Kelantan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : gempak

 

Be the first to comment on "“Tak Kisah Kalau Abah Nak Jumpa, Tapi Abah Kena Buktikan Dulu Dia Dah Berubah…” – Cik B"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*