Datuk Dr. Zulkifli Al-Bakri Ulas Kenyataan Dr Noor Hisham ‘Takvt M4ti’ – “KP Kesihatan Sudah Buat Yang Terbaik…”

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, terpanggil untuk mengulas ringkas kenyataan seorang Ahli Parlimen yang menyatakan Ketua Pengarah (KP) Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, sebagai ‘takvt mat1’.

Zulkifli menerusi sebuah hantaran di laman sosial rasmi Facebook (FB)nya berkata tujuan beliau memberikan pandangan adalah untuk menjadi renungan bersama.

Beliau turut berharap Ahli Parlimen GPS-Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing tidak bermaksud untuk berkata demikian ketika perbah4san dalam sesi yang berlangsung semalam (Rabu).

“Saya amat berharap, itu bukan maksud sebenar beliau. Mungkin ada penjelasan lanjut daripada beliau. Pun begitu, pandangan saya ini adalah untuk renungan bersama.

“KP Kesihatan sudah buat yang terbaik, sesuai dengan posisi beliau. Jawapan beliau terhadap kenyataan tersebut dalam sesi sidang media petang tadi pun sudah padat dan memadai.

“Saya cuma ingin menambah beberapa noktah penting, sebagai kefahaman semua yang membaca dan mengikut 1su ini.

“KP Kesihatan adalah antara individu terpenting dalam usaha memerangi pandem1k COVID-19. Saya yakin, kita semua bersetuju bahawa beliau perlu kekal sihat, bersemangat dan terus berjuang bersama-sama semua barisan hadapan demi masaIah negara,” tulisnya.

Tambah Zulkifli lagi, 1su ‘t4kut mat1’ seharusnya tidak timbul kerana negara tidak akan berundvr dari berjvang untuk keselamatan dan keamanan.

Beliau turut mengaitkan kisah sahabat Rasullullah SAW, Abu Ayyub al-Ansari bersama tentera muslim ketika berdepan dengan tentera Rom yang amat ramai dalam peper4ngan.

“Kisah ini sentiasa tersemat di hati saya dan menjadi pegangan hidup saya. Sekali kita berjvang, menegakkan prinsip dan kebenaran, apatah lagi perjvangan untuk keselamatan dan keamanan negara, kita tidak akan berundur!

“Saya percaya, itulah semangat KP Kesihatan, jua seluruh barisan hadapan. Tak ada apa-apa yang boleh mengganggu fokus kita dalam usaha ini. Justeru, tidak timbul 1su ‘t4kut mat1’,” tulisnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : 

 

Be the first to comment on "Datuk Dr. Zulkifli Al-Bakri Ulas Kenyataan Dr Noor Hisham ‘Takvt M4ti’ – “KP Kesihatan Sudah Buat Yang Terbaik…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*