Ardell sertai misi bantuan di Sabah, Nadzmi Adhwa baru sedar susah jaga anak tanpa isteri

PELAKON Nadzmi Adhwa menyedari bukan mudah untuk membesarkan anak yang masih kecil bersendirian tanpa bantuan isteri, Ardell Aryana.

Nadzmi, 28, berkata, pengalaman menjaga anak perempuan yang kini berusia enam bulan ketika isterinya mengikuti misi bantuan di Sabah membuatkan dia lebih menghargai peng0rbanan seorang ibu.

“Berpeluh-peluh macam joging nak bagi susu kat anak… baru tahu bukan senang jaga anak ni.

“Selalu lepas kat isteri kita je! Betapa hebatnya peng0rbanan seorang ibu dan isteri kita.

“Tapi jangan lupa d4syatnya semangat seorang ayah #sindrombapakbapak,” katanya menerusi Instagram pada Rabu.

Nadzmi ambil tugas jaga anak sepanjang isteri sertai misi bantuan di Sabah.

Pada Sabtu lalu, isterinya yang juga pelakon Ardell Aryana menyertai Misi Bantuan Kecem4san ke Sabah.

Ardell yang juga Ikon Misi Kemanusiaan My Fund Action berlepas ke Tawau bersama dua lagi aktiv1s kemanusiaan bagi menghulurkan bantuan kepada mereka yang terjej1s ak1bat Covid-19.

Keluarga bahagia… Nadzmi bersama isteri, Ardell Aryana dan anak mereka, Arwa Malaikha.

Sementara itu, pelakon drama Hati Perempuan ini turut meminta Ardell kuatkan semangat dan mengabaikan komen negatif netizen yang mempert1kaikan tindakannya menyertai misi bantuan tersebut.

Ujarnya, sebagai suami dia lebih mengetahui niat isterinya itu dan sentiasa memberikan sokongan dalam apa jua keadaan.

“Apa pun orang kata fasal kita hanya saya tahu niat awak Ardell. Jangan risau tentang kami! Kami semua baik. Kami sentiasa di belakang awak.

“Teruskan membantu mereka yang memerlukan. Jangan bersedih, tetap dengan niatmu walau apa dugaan meIanda.

“Maafkan lisan mereka, mereka tidak tahu. Semoga Allah reda!” ujarnya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1 September tahun lalu dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Arwa Malaikha Urwa pada 5 Jun lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

 

Be the first to comment on "Ardell sertai misi bantuan di Sabah, Nadzmi Adhwa baru sedar susah jaga anak tanpa isteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*