Selalu ikut balik kampung, adik Linda Hashim akhirnya bertemu jodoh dengan sepupu Beego – “Tak sangka jodoh dia dekat je”

PELAKON Linda Hashim memberitahu adiknya Mohd Firdaus Hashim bertemu jodoh dengan Nurul Syuhada, 28, yang juga sepupu suaminya iaitu pelakon Beego dan selamat diijab kabul pada Sabtu lalu.

Linda atau nama sebenarnya Nor Hazlinda Hashim, 36, berkata, perkenalan pasangan itu terjadi berikutan Mohd Firdaus, 29, sering mengikutinya pulang ke kampung suami di Johor Bahru.

“Alhamdulillah adik saya dah selamat berkahwin Sabtu lalu dengan sepupu suami saya. Adik saya rapat dengan sepupu-sepupu Beego tak sangka jodoh dia dekat je.

“Hubungan mereka serius sejak tiga tahun ini dan pernah mengerjakan ibadah umrah bersama-sama kami sekeluarga, ” ujarnya.

Majlis perkahwinan berlangsung dalam keadaan sederhana.

Linda berkata, majlis perkahwinan itu berlangsung secara sederhana bagi mematuhi prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Tambahnya, majlis tersebut sepatutnya berlangsung pada Julai lalu namun ditangguhkan akibat pandem1k Covid-19.

“Bersyukur sangat-sangat kerana waktu adik saya melangsungkan majlis perkahwinan pada Sabtu lalu, hari itu juga diumumkan bahawa Isnin akan berkuatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan tiada majlis resepsi boleh dilakukan,” katanya.

Linda turut mendoakan pasangan itu dapat melayari kehidupan rumah tangga dengan baik.

Linda dan Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah berkahwin pada 8 Jun 2013 dan mempunyai tiga orang cahaya mata perempuan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

 

Be the first to comment on "Selalu ikut balik kampung, adik Linda Hashim akhirnya bertemu jodoh dengan sepupu Beego – “Tak sangka jodoh dia dekat je”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*