Abby Abadi SeIamatkan Bayi Nak Dibvang, Gigih Rentas Negeri Serah Baby Tengah Malam Kepada Keluarga Angkat

Pelakon Abby Abadi sememangnya cukup terkenal dengan misi kemanusiaannya dalam membantu menyelamatkan bayi dan menyerahkan kepada insan yang mahu mengambilnya sebagai anak angkat.

Terbaharu, Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, 43, berkongsi berita gembira apabila dapat menyelamatkan seorang lagi bayi yang ingin di bvang di Kota Bharu, Kelantan.

Bayi tersebut kemudian diserahkan kepada bakal keluarga angkatnya di Kuala Terengganu, Terengganu.

“Alhamdullillah Syukur. Suami saya berjaya bawa kereta dari Kota Bharu 11.30 malam, sampai ke Kuala Terengganu pukul 1.30 pagi. Kuat betul kesayangan saya ni, saya mengantuk dah, tapi tidur-tidur ayam sahaja sebab pegang baby kan.

“Berjaya memberi kebahagiaan kepada sepasang lagi pasangan yang belum dikurniakan anak walaupun sudah 10 tahun mendirikan rumahtangga,” katanya menerusi satu entri di Instagram.

Dalam posting tersebut Abby turut memuat naik gambar dirinya bersama pasangan tersebut.

Katanya, pasangan tersebut sudah berdepan sebanyak tiga kali masalah kegugvran.

“Tiga kali gvgur katanya tak ada rezeki. Terakhir  terasa sangat sebab dah enam bulan setengah. Tapi itulah, nak buat macam mana. Akhirnya Allah izinkan rezeki anak dengan jalan yang berbeza

“Saya nasihatkan usahalah untuk susukan. Ambillah suntikan atau makan ub4t asal bayi dapat menyusu sekurang-kurangnya lima kali kenyang yea. Senang nanti bila besar,” ujarnya.

Di ruangan komen, rata-rata memuji tindakan Abby yang sanggup bersusah payah dalam membantu pasangan yang mengimpikan zur1at.

Sehingga kini, menurut Abby, dia sudah berjaya membantu lebih 30 pasangan untuk mendapatkan bayi angkat.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : gempak

 

Be the first to comment on "Abby Abadi SeIamatkan Bayi Nak Dibvang, Gigih Rentas Negeri Serah Baby Tengah Malam Kepada Keluarga Angkat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*