“Bagi Hadiah Yang Mahal Ni,”- Sempena Birthday, Nabil Ahmad Hadiahkan Kasut Berjenama Buat Pak Nil

 

Bersempena dengan ulang tahun keIahiran yang ke-58, Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil telah menerima hadiah istimewa daripada Nabil Ahmad.

Hos rancangan Gegar Vaganza itu telah menghadiahkan sepasang kasut berjenama antarabangsa buat pengacara senior itu.

Momen manis itu dikongsi oleh Pak Nil menerusi akaun Instagram miliknya.

“Terima kasih @nabilzira @zira.ayub bagi hadiah harijadi yg mahal ni pada Paknil.

“Semoga Allah limpahkan lagi kurniaan rezeki yg berlipat ganda atas kebaikan Kamu berdua. Amin,” tulisnya.

Dalam pada itu, rata-rata peminat memuji sikap murah hati Nabil di ruangan komen entri berkenaan.

Sekadar informasi, Pak Nil telah diIahirkan pada tanggal 6 November 1962.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : MH

Be the first to comment on "“Bagi Hadiah Yang Mahal Ni,”- Sempena Birthday, Nabil Ahmad Hadiahkan Kasut Berjenama Buat Pak Nil"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*